Setiap tanggal 31 Ogos, Malaysia akan memproklamasi hari kemerdekaan.Corong-corong radio dan Televisyen memutarkan lagu Allahyarham Sudirman Arsyad tentang kemeriahan menyambut hari kemerdekaan. Negara ini yang dulunya di kenali dengan Tanah Melayu mempunyai rentetan sejarah yang panjang sebelum mencapai kemerdekaan sendiri pada tahun 1957 hasil kesepakatan yang di capai melalui rundingan berterusan antara Tunku Ab. Rahman Putra Al Haj bersama rakan-rakan dengan pihak British yang menakluki Tanah Melayu sejak berzaman.Kuasa-kuasa penjajah seperti Belanda, Portugis ,Inggeris dan Jepun mengganyang tanah air sejak sekian lama menguras hasil bumi ini untuk kepentingan mereka. Selat Melaka yang terkenal sejak zaman Portugis menjadi laluan utama penjajah mengembangkan pengaruh dan idealogi sehingga jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.Portugis meninggalkan A Formosa dan Gereja St.Paul yang merupakan hasil seni bina Eropah yang paling lama. Berada di Melaka seolah - olah seperti kita sedang melancung di negara-negara Eropah kerana struktur bangunan sangat mirip dengan negara kita. Ini lah hasil peninggalan Portugis yang kekal hingga ke hari ini.
Bangunan stadthuys tinggalan
Portugis di Melaka.
sumber gambar:penerangan.gov.my
Bangunan stadthuys tinggalan
Portugis di Melaka.
sumber gambar:penerangan.gov.my
Menyambut Kemerdekaan
Rakyat Malaysia yang cintakan negara seharusnya memahami kemerdekaan yang kita nikmati sekarang hasil usaha gigih orang terdahulu yang membebaskan tanah air dari belenggu penjajahan.Selama beratus tahun bangsa Eropah dan Jepun bertukar tangan menggorogoti Tanah Melayu akhirnya kita beroleh kemerdekaan.Ribuan pahlawan gugur mempertahankan negara malah tidak kurang juga orang-orang Melayu di pedalaman desa menjadi mangsa kekejaman Jepun dan Komunis. Mereka di tangkap, di bunuh dan sebahagian besarnya menjadi buruh keretapi maut di Burma.Makanan di catu sehingga ada yang mati kebuluran.Demikian azabnya penderitaan yang di tanggung oleh nenek moyang kita sebelum negara mencapai kemerdekaan.Silih berganti bertukar pemerintahan dalam kalangan penjajah menjadikan Tanah Melayu seperti sebuah bola emas yang menjadi rebutan pemain.Merenungi dan memahami perjalanan sejarah negara menjadikan kita bangsa yang patriotik terhadap tanah air. Sayangkan negara sebahagian dari iman. Hubbul watan minal iman. Menyambut kemerdekaan dengan penuh semangat dan jiwa yang kental merupakan ciri bangsa bermaruah yang mempunyai jati diri unggul terhadap negara.
Erti kemerdekaan
Kemerdekaan yang hakiki ialah bebas dari cengkaman kuasa asing dari segala ancaman baik secara fizikal mau pun ideologi pemerintahan bagi sesebuah negara berdaulat.Selagi campur tangan asing masih mempengaruhi pembentukan budaya dan sosio ekonomi negara sudah semestinya kita masih terikat dengan acuan mereka.Erti kemerdekaan bagi bangsa Malaysia ialah menghayati falsafah kehidupan yang tidak terikat dengan mana-mana kuasa dunia dalam menentukan dasar-dasar negara.Malaysia sebagai sebuah negara merdeka bebas menentukan masa depan sendiri tanpa terpengaruh dengan mana-mana kuasa dunia bagi pembinaan peradaban untuk melahirkan bangsa bermaruah yang sanggup mempertahankan setiap inci bumi Malaysia dari pencerobohan musuh.
KIBAR KAN JALUR GEMILANG .
KIBAR KAN JALUR GEMILANG .
Renungan erti kemerdekaan
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 25 Ogos,2013.
No comments:
Post a Comment