Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Idulfitri

Umat Islam Malaysia menyambut Hari Raya Idulfitri pada hari Khamis 8 Ogos 2013.Ramadhan telah berakhir begitu cepat. Apakah masih di beri kesempatan oleh Allah swt menyambut Ramadhan tahun depan hanya DIA yang Maha Mengetahui. Kita berdoa semoga Tuhan memanjangkan usia untuk menunaikan Ramadhan lagi. Allah swt  sangat menggalakan umat Islam berpuasa enam hari sepanjang Syawal kerana banyak kebihan tersembunyi yang manusia tidak ketahui. Jangan biarkan syawal berlalu tanpa berpuasa sunat ini.

Solat Idulfitri

Allah swt mengajar manusia supaya menunaikan solat sunat Idulfitri sebagai tanda kesyukuran kita menjalani ibadah puasa selama sebulan.Solat sunat Idulfitri dua rakaat dan di iringi dengan khutbah Hari Raya.Seperti lazimnya Imam akan mengingat jemaah prosedur dan tatacara sembahyang iaitu niat mengerjakan solat sunat Idulfitri dua rakaat mengikut Imam kerana Allah Taala.Rakaat pertama 7 kali takbir,rakaat kedua 5 kali sesudah Takbir Ratul Ihram kemudian Imam membaca surah sebagaimana solat biasa. Sebaik selesai solat, Khatib akan membaca khutbah dan makmum perlu mengikutinya dengan teliti intisari yang disampaikan.

Selamat Idulfitri.

Che Yahya Che Soh
Imam Surau Al Falah AU 4.
Keramat.
7 Ogos,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...