Manusia berasal dari setitik air yang terpancar dari saluran kemaluan lelaki dan masuk ke dalam saluran wanita (suami-isteri) semasa bersama (coitus).Al Qur'an menjelaskan dengan terperinci proses kejadian manusia. Banyak ayat yang bertebaran menyentuh tentang reproduksi awal manusia yang sungguh misteri. Allah menyebut perkataan Yakhruju mim baini sulbi wattaraaib bermaksud air yang terpancar dari sulbi lelaki dan dari tulang dada wanita yang bercampur kemudian menjadi segumpal darah, membentuk daging, tulang-tulang akhirnya lengkap menjadi anggota pancaindera berada dalam rahim ibu untuk jangka masa 9 bulan 10 hari (mengikut perkiraan ahli Ginekologis) berbentuk embrio (janin) sebelum lahir ke dunia. Antara Sulbi dan tulang dada di situ lahirnya manusia.Kisah penciptaan manusia menurut perspektif Al Qur'an sangat berantagonis dan kontradik sekali dengan Teori Darwin yang tidak berpijak kepada hakikat kejituan ilmu,hanya semata-mata berdasarkan teori dan hipotesisnya yang lemah.Sebagai konsekuensinya cendekiawan muslim tidak seharusnya terpengaruh dengan dogma ciptaan Darwin yang tidak berpegang kepada asas kukuh mengenai asal usul manusia.
Human embryo
Sumber:scienceclarified.com
Kehebatan Allah
Betapa hebatnya Allah swt mencipta manusia dari seekor sperma dan ovum yang sangat mikroskopis,sungguh menakjubkan (miracle) sehingga menjadi makhluk bernyawa yang dikurniakan akal dan nafsu untuk melanjutkan keturunan di bumi.Silih berganti generasi menjadi bukti kekuasaan Allah swt yang mentadbir alam mengikut kehendakNya.Jika manusia mampu mencerna minda fikirnya secara ilmiah sudah pasti akan menemukan jawaban secara saintifik yang benar-benar autentik bahawa Allah swt berkuasa mencipta dan mematikan setiap makhluk bila tiba saat ajalnya.Di sisi Tuhan tidak sukar membangkitkan manusia yang telah mati berjuta tahun seperti mana tidak susahnya Allah mencipta manusia 'sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat di sebut' (Al Insan: 1).Dalam surah Sajdah Allah berfirman "Mim ma immahiin" iaitu dari air yang hina kemudian di masukan Ruh ciptaanNya tetapi sangat sedikit manusia yang bersyukur.
Sumber:insanberdakwah.blogspot.com
Fatamorgana kehidupan

Al Qur'an penuh dengan khazanah ilmu, mengajak manusia berfikir dan bertadabur dengan setiap ciptaan Tuhan bertujuan menuntun diri mengenal hakikat kejadian supaya manusia tidak lalai dengan kehidupan di dunia yang penuh dengan fitnah,ujian dan mehnah.Ramai orang tertipu dengan pandangan mata, dari kejauhan disangka air semakin di dekati rupanya fatamorgana kehidupan semata.Permainan mata selalunya palsu di sangka mutiara rupanya kaca.Disangka perempuan rupanya pondan. Disangka orang rupanya orang-orangan.Keindahan dunia yang penuh dengan hijau ranau mempersonakan manusia sehingga lupa tujuan hidup sebenar di atas muka bumi. Manusia di lalaikan dengan kedudukan, pangkat, harta dan kekayaan sehingga tidak sempat sujud kepada Tuhan.Angkuh sombong dan bongkak seolah-olah merasakan dirinya tiada kaitan dengan Pencipta menjadi hiasan diri manusia moden yang berbangga dengan kemewahan dunia.Masyarakat yang kita saksikan dalam abad globalisasi ini terlalu jauh menyimpang dari pesan Tuhan.Oleh kerana terpesung jauh dari jalan kebenaran berlakulah berbagai peristiwa yang menggoncangkan keharmonian hidup sesama insan.Tuntutan nafsu yang tidak terkawal menjerumus manusia ke lembah kehinaan berpanjangan. Allah swt mengumpamakan manusia yang buta hati dan mata lebih sesat daripada haiwan melata. Manusia tergamak merogol dan membunuh zuriat sendiri tetapi tidak pada haiwan yang mempunyai naluri kehaiwanan menyayangi dan melindungi anak-anak mereka dari gangguan pemangsa lain.
Sosialisasi parah
Hubungan dengan Allah Hablumminallah terlalu jauh sementara perpaduan sesama manusia Hablumminannas sangat langka dalam masyarakat kini. Kebejatan moral yang semakin parah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti.Pembunuhan menggunakan senjata api semakin meningkat saban hari, rompakan ,penipuan dan penzinaan terjadi berleluasa menandakan parahnya sosialisasi masyarakat kurun ke 21 ini.Kefasadan dan kemungkaran yang bermaharajalela menandakan gersangnya iman umat manusia akhir zaman ini sehingga sukar di terima oleh pemikiran yang waras.Anjuran memerhati ayat-ayat Allah swt sangat penting untuk mengembalikan fungsi kejadian manusia sebagai hamba Tuhan sesuai dengan FirmanNya " Tidak ku jadikan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada KU". Orang beriman sentiasa membenteng diri daripada sifat-sifat mazmumah (tercela) berusaha mendekati Tuhan melalui gerak kerja dan tingkahlaku terpuji (Mahmudah) dalam setiap aktiviti kehidupan mereka. Keyakinan kepada Allah swt sebagai kuasa mutlak yang menentukan perjalanan hidup manusia merupakan penyerahan diri secara total (ubudiyah) yang tidak berbelah bagi.
Bukti kekuasaan Allah
Secara Biologi apabila manusia berkahwin akan memperolehi zuriat, namun dalam kehidupan realiti berapa ramai orang yang berumah tangga selama bertahun-tahun masih tidak mempunyai anak walau pun kedua suami isteri tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.Ini bukti bahawa Allah swt mempunyai kuasa terhadap sesuatu kejadian mengikut kehendakNya.Analogi lain yang boleh kita fikir ialah kisah penciptaan angin.Manusia tidak pernah melihat angin secara fizikal tetapi yakin bahawa kesannya dapat di rasai melalui desiran dan bergoyangnya tumbuh-tumbuhan malah jika kadar kelajuan melebihi 150 km sejam boleh menghancurkan manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan melata. Banyak bukti yang telah berlaku di depan mata akibat perlakuan alam namun manusia mudah lupa kecuali mereka yang benar-benar beriman sentiasa mengingat Tuhan.Sedikit sekali manusia yang bersyukur dengan nikmat kehidupan yang dikurniakan Tuhan, Qalilamma Tasykuruun. Demikian peringatan Al Qur'an , mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba yang beriman.
Matlamat hidup manusia

Mengapa manusia lahir ke dunia sudah jelas untuk menghambakan diri kepada Tuhan dalam setiap keadaan dan suasana.Menghambakan diri bermaksud menjalani kehidupan di atas muka bumi mengikut acuan Tuhan seperti mana yang kita minta setiap hari dalam solat 'Tunjukan kami jalan yang lurus' . Posisi orang beriman selaku hamba yang mutaqqien sentiasa membatasi diri dari terjebak dengan kemaksiatan.Seluruh kehidupannya mengharapkan redha Tuhan dalam bekerja beramal dan bermuamalah sesama manusia.Meletakan Allah swt dan Rasul saw sebagai matlamat hidup umat manusia merupakan tingkat pengabdian tertinggi setiap hamba di muka bumi.Pemikiran yang Allah swt kurniakan kepada manusia bertujuan menjana keimanan dengan haqqul yaqiin seperti mana terkandung dalam Rukun Iman yang meletakan Tuhan sebagai Ilah yang berhak di sembah tanpa sebarang persyarikatan dengan Nya.Allah tidak akan mengampunkan dosa hamba yang syirik terhadapNya.
Mati adalah pasti
Mengenal diri bagaimana manusia di cipta menjadikan kita sentiasa hampir dengan Allah swt kerana bila tiba waktu yang dijanjikan manusia pasti kembali menghadap Ilahi.Setiap makhluk bernyawa akan merasai mati.Apabila manusia di matikan, ia sangat mengharapkan kembali semula ke dunia walau pun sesaat untuk mengerjakan amal soleh tetapi telah terlambat.Tiada siapa yang boleh menolong kecuali sedekah jariah,ilmu bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan ayah ibu. Kesempatan yang di beri semasa nyawa masih bersama jasad seharusnya di manfaatkan sebanyak mungkin untuk berubudiyah dan membuat kebaikan, apabila sudah mati bersedia lah untuk menerima pembalasan yang dijanjikan Tuhan.Janji Allah tak pernah mungkir. Setiap perbuatan manusia semasa hidupnya akan di perlihatkan satu persatu samada perkara yang baik atau sebaliknya.Sebaik saja tercabutnya Ruh dari Jasad manusia sudah dapat melihat destinasinya. Justeru selagi masih ada hayat perbanyakan amal soleh untuk mendapat keampunan Allah swt kerana ganjaran yang menanti seluas langit dan bumi.
Wallahua'llam
Drs.Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Guru Biologi
Kuala Lumpur
Isnin 5 Ogos,2013.
Antara Sulbi dan Tulang Dada.
Islamiksains
No comments:
Post a Comment