Matlamat pendidikan ialah memberikan ilmu kepada setiap orang murid.Mencurahkan ilmu secara formal berlaku di sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat sejak berabad. Mengembalikan fungsi sekolah sebagai gerbang ilmu untuk membentuk modal insan berkualiti seharusnya mendapat sokongan dan dokongan semua pihak.Realiti yang berlaku saban hari ialah setiap pelajar di dedahkan dengan perkembangan ilmu melalui proses instruksional guru di bilik darjah.Pencerahan minda melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam berbagai subjek seperti Prinsip Akaun, Perdagangan, Sains dan Teknologi, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain yang boleh menjana dan mengukuhkan minda pelajar.Sejauh mana para pelajar memanfaatkan ilmu yang di pelajari menjadi petunjuk kekuatan diri. Sistem pendidikan yang di susun secara sistematik membolehkan guru dan murid memusatkan perhatian kepada proses PdP dengan cemerlang bertujuan membina masa depan yang lebih gemilang.
sumber: planasbrb.org
Jangan salahkan sekolah
sumber: planasbrb.org
Jangan salahkan sekolah
Dalam usaha memastikan kejayaan anak-anak , pihak sekolah sentiasa merancang dan melaksanakan berbagai strategi dan pendekatan bagi memastikan setiap pelajar mendapat manfaat secara adil dan saksama.Tanggungjawab sekolah tidak sahaja memindahkan ilmu pengetahuan secara formal malah menjadi pelopor pembangunan self esteem diri pelajar menjadi ilmuan yang berwibawa, berintegriti dan sedar akan tanggungjawab terhadap diri, ibu bapa, masyarakat dan negara.Membangun potensi pelajar merupakan mauduk institusi pendidikan.Memupuk kepatuhan terhadap disiplin seperti menepati masa,bersopan dengan orang yang lebih tua, mengucap salam ke atas guru merupakan norma -norma pendidikan yang di terapkan kepada pelajar. Jangan salahkan sekolah sekiranya terjadi perkara-perkara di luar batas kemampuan kami dalam mencorakan tingkahlaku anak-anak kerana sebagai manusia mereka turut di pengaruhi dengan persekitaran yang tidak menguntungkan diri. Pengawasan ibu bapa, masyarakat dan pihak berwajib menjadi faktor penyumbang pembentukan nilai diri pelajar kerana mereka masih usia dini yang sedang mencari-cari identiti diri .
Gerbang ilmu
Kemajuan ilmu pengetahuan menjadi ukuran kesejahteraan rakyat. Pembinaan manusia berteraskan ilmu mampu merubah paradigma dan sistem sosio budaya sesebuah masyarakat. Peradaban dan kecemerlangan diri manusia bergantung kepada aplikasi ilmu yang di pelajari selama bertahun di sekolah.Guru-guru sebagai Mursyid sentiasa mencurah khidmat bakti tanpa jemu untuk melihat kejayaan pelajar. Tidak ada seorang guru pun yang mahu pelajarnya gagal dalam hidup.Mulianya sifat seorang guru berasa sangat bangga bila melihat keberhasilan muridnya. Mengembalikan fungsi sekolah sebagai gerbang ilmu menjadi tonggak kecemerlangan diri pelajar merupakan tujuan murni pendidikan negara.Mengangkat martabat profesyen perguruan dengan meletakan tugas guru sejajar dengan profesionalisma yang di miliki merupakan indikator kecemerlangan pendidikan negara seperti mana yang di inspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 menjadi realiti bukannya retorik dan ilusi.
SMKSB@STAR penjana generasi cemerlang
SMKSB@STAR penjana generasi cemerlang
sorotan minda
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Rabu 28 Ogos,2013.
Sekolah gerbang ilmu.
No comments:
Post a Comment