Thursday, August 29, 2013

Melepas Burung Pipit Simbolik Kemerdekaan

Sudah 56 tahun negara ini mencapai kemerdekaan dari tangan penjajah British. Urutan peristiwa penting yang menjadi kronologi sejarah terlalu panjang sehinggalah kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos,1957.Pagi tadi Sekolah telah melancarkan hari petriotisma dengan melepaskan burung-burung pipit sebagai simbolik pembebasan dari kurungan. Burung-burung terbang bebas merdeka mengikut haluan sendiri.Pengetua mengungkap rentetan peristiwa perjalanan  sejarah negara se awal kurun ke 14 di mana jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Kuasa Portugis mencengkam bumi ini ratusan tahun. Kemudian Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali lagi Inggeris menguasai Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah.



 Majlis perasmian hari patriotisma

 
 Melepaskan burung-burung dari sangkar

 
 Tiga pelajar menjadi pengacara majlis
 
 Guru-guru sama-sama berpartisipasi

 
 Bergambar kenangan se usai majlis.















 Shapawi dan Bashir sangat patriotik
 


Sebahagian pelajar yang mengikuti majlis perasmian.
















Pentingnya Sejarah sebagai mata pelajaran WAJIB di sekolah-sekolah mengembalikan akar budaya bangsa mengenai tanahair. Belajar dari Sejarah menjadi bangsa yang bermaruah.Setiap negara mempunyai sejarahnya tersendiri. Pengalaman mendapat kemerdekaan bagi sesebuah negara pastinya tidak sama.Indonesia negara tetangga memproklamator kemerdekaan negaranya  pada tanggal 17 Augustus,1945 mempunyai pengalaman pahit menghadapi tentangan tentera Belanda yang mencengkam Wilayahnya selama ratusan tahun.Hasil jerih payah orang terdahulu generasi kini mengecapi nikmat kebahagiaan hidup.



Kredit gambar: WNazmi
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 30 Ogos,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...