Hari Profesionalisma Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di adakan pada hari Isnin 26 Ogos,2013 di hotel Marriot Bukit Bintang dengan kerjasama 1 BestariNet.Majlis pelancaran di sempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Tuan Abdullah Mad Yunus. Beliau mengingatkan hadirin sehebat mana pun teknologi jika manusia gagal di bestarikan transformasi budaya tidak akan mencapai matlamat seperti diharapkan.Justeru peranan Pengetua dan Guru Besar sebagai Ketua Eksekutif Sekolah (CEO) merupakan tonggak kejayaan sesebuah organisasi khususnya dalam bidang instruksional.Pengetua dan Guru Besar perlu berupaya mengaplikasi media sosial sebagai sarana pendidikan dalam alaf moden yang kompetetif ini.Perkembangan pesat media internet menuntut kita menguasai kemahiran yang bersifat multifunctional bertujuan mengeksplorasi pelbagai disiplin ilmu dan maklumat dengan pantas dan akurat. Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang menggunakan jaringan pendidikan melalui Yes dan Frog VLE untuk kemudahan lebih 5 juta pelajar, 4.5 juta ibu bapa dan 500,000 guru berupaya berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online yang luas dan lancar.
Sokongan utama
Program Kementerian Pelajaran bertaraf dunia ini mendapat sokongan frog Google, Yes Broadband infovision Awards.Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi peneraju pembelajaran alaf baru dalam penggunaan 1 BestariNet.Sekolah- sekolah akan di pantau secara berterusan bagi memastikan data penggunaan,log masuk Bestari dan ID diaktifkan.Pengisian 1 BestariNet berpusat kepada pendekatan bahan dalam PdP, Akses internet terpantas dengan jaringan 4G Yes, Persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE), semua 10,000 sekolah di negara ini mendapat kemudahan pembelajaran mudah, melengkapkan generasi dengan kaedah kemahiran PdP berkemahiran tinggi pada abad ke 21 dan menghubungkan jurang digital dalam kalangan rakyat baik di dalam mau pun luar negara.Pembelajaran melalui Frog VLE melepasi batas sempadan, tidak terikat di bilik darjah semata-mata malah melangkaui teritori geografi dunia.Penggunaan media sosial masa kini menjadi suatu keperluan bukan lagi kemewahan dalam kalangan pengguna. Pelajar-pelajar lebih ke depan (advanced) berbanding kita.
Masa rehat di Ballroom Marriott
Chromebook
1BestariNet menggunakan chromebook iaitu peranti alaf baharu. Chromebook mempunyai banyak kelebihan antaranya jangka hayat bateri tahan lama,ringan dan mudah alih. Beratnya hanya 1.08kg dan tidak perlu anti virus,selamat dan terjamin,lebih multi pengguna (multiple users).Pengguna tidak perlu simpan segala maklumat kerana secara otomatis semua data disimpan dalam komputer.Penggunaan Frog VLE sangat membantu dalam kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana tendensi pendidikan kini lebih kepada pasaran kerja (job market) dengan menawarkan kursus-kursus secara online.Google sebagai enjin pencari yang sangat popular setiap tahun mengadakan seminar dan persidangan peringkat dunia mengenai pendidikan.
Che Yahya Che Soh

Pengetua SMK Sinar Bintang
Kuala lumpur.
Selasa 27 Ogos,2013
No comments:
Post a Comment