Manusia di cipta Tuhan bersifat keluh kesah. Bila di timpa musibah ia menjadi tidak keruan dan resah gelisah tetapi bila Tuhan hilangkan malapetaka yang menimpa ,manusia menjadi kikir kedekut kecuali mereka yang benar-benar mendirikan solat. Demikian gambaran Al Qur'an tentang sifat manusia. Sifat sifat mazmumah dalam diri kita hanya boleh di sembuhkan dengan mengingat Allah swt, merenung sedalam-dalamnya hakikat kehidupan insan,berusaha mengikis dan membuang jauh tuntutan nafsu yang tidak pernah kenyang kendatipun memiliki intan berlian sebagai lambang kekayaan.Mendidik diri melalui solat mampu merobah perlakuan manusia ke arah yang lebih baik,berdisiplin dan patuh kepada perintah Tuhan.
Solat merapatkan ukhwah sesama muslim.
Sumber:mysumber.com
Solat merapatkan ukhwah sesama muslim.
Sumber:mysumber.com
Indahnya Islam
Allah swt datangkan Al Qur'an sebagai petunjuk kepada manusia Hudan linnas kerana sayangkan hambaNya yang beriman dan bertaqwa. Allah sesekali tidak menzalimi manusia selagi mereka berpegang teguh kepada ajaran Al Qur'an dan Sunnah Rasul saw sebagai panduan hidup muslim sejati.Indahnya Islam kerana menjadi rahmat dan kesejahteraan hidup kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang melata.Penawar mujarab memang di sediakan Tuhan melalui Al Qur'an sebagai Shifa' yang berupaya menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.Jantung yang tidak pernah berhenti berdenyut mengepam darah ke seluruh tubuh merupakan organ utama yang menentukan hidup atau matinya manusia.Kegagalan fungsi jantung mengakibatkan seluruh organ tubuh dan sel-sel badan turut berhenti. Secara Biologi bila tisu dan organ tidak lagi berkontraksi antara satu sama lain, manusia telah mati. Solat boleh menjadi terapi kesihatan jantung.Gerakan dup lup ,dup lup yang kita dengar suara jantung seperti sedang berzikir kepada Allah swt. Subhanallah sungguh hebat Pencipta Jantung ini. Pakar Jantung hanya berusaha melakukan pemulihan melalui pembedahan membuang lemak pada arteri yang menyekat aliran darah tetapi tidak mampu menganalisis dan meramal dengan tepat jangka hayat jantung manusia.
Anatomi jantung
Sumber:belajar Biologi.com
Anatomi jantung
Sumber:belajar Biologi.com
Mendidik diri melalui solat
Solat yang berkesan meninggalkan bekas dalam kehidupan manusia.Dari pancaran wajah sudah dapat di lihat kejernihan nur yang di kurniakan Tuhan kepada mereka yang benar-benar bersujud dengan ikhlas.Wajah berseri kesan berwudhu' menjadi indikator orang beriman menuju keredhaan Tuhan.Hati berasa lapang, tenang dan damai kerana mengingat Allah swt setiap masa. Inilah yang dikatakan oleh ilmuan Islam bila kita menjaga hak Allah, pasti Allah akan menjaga manusia tetapi bila kita lupa Allah, manusia akan ditimpa bala bencana.Sejarah kehidupan umat terdahulu menjadi pengajaran kepada kita bagaimana Allah swt memusnahkan penduduk yang engkar dan menderhaka kepada Tuhan sepertimana yang berlaku terhadap kaum Nabi Nuh as, kaum Nabi Luth as, kaum Nabi Musa as yang di hancurkan Tuhan akibat perbuatan mereka sendiri.Mendidik diri melalui solat menjadi resipi kebahagiaan dalam kehidupan setiap muslim kerana hubungan dengan Allah setiap waktu menjadi penyembuh jiwa yang resah gelisah.
Rumusan dan pengajaran
Solat merupakan tiang Agama
Meninggalkan solat meruntuhkan Agama
Solat membentuk disiplin manusia
Solat menjernihkan jiwa dan pribadi manusia
Solat dapat mencegah mungkar
Solat membimbing manusia mengenal Allah
Solat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 9 Ogos,2013
2 Syawal 1434H
No comments:
Post a Comment