Friday, August 16, 2013

Kekejaman Luar Batas Manusiawi

Tiada ungkapan yang dapat di lafazkan melainkan serangkaian doa yang tidak putus-putus kepada rakyat Mesir yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Polis dan Tentera yang membunuh rakyat sendiri.Mengikut laporan media sehingga kini beribu-ribu orang awam terbunuh di tembak dengan kejam. Hospital dan Masjid penuh dengan jenazah siap untuk di sempurnakan.Sungguh pilu melihat saudara kita yang tidak berdosa menjadi habuan peluru menembusi dada dan kepala kerana semata-mata menuntut proses demokrasi di kembalikan di Mesir. Kekejaman di luar batas manusiawi di lakukan pihak tentera terhadap orang awam yang tidak bersenjata seperti melepaskan dendam kesumat yang tidak pernah padam menyentuh perasaan umat Islam dunia.Qunut Nazilah dibacakan Imam dalam solat Jumaat dengan penuh khusyuk dan pilu mengenangkan nasib umat yang di bunuh dengan kejam. Marilah sama-sama kita bermunajat  kepada Allah swt semoga kekejaman ini berakhir dengan segera dan memberikan kemenangan kepada yang hak.


















 sumber:wana93.wordpress.com

Antara peluru dan Batu

Orang awam mempertahankan diri mereka dari serangan bertubi-tubi muntahan peluru tentera dengan hanya bersenjatakan batu-batu di tepi jalan.Antara peluru dan batu sudah pasti rakyat mati kaku. Melihat gambar-gambar yang dimuat turun dari you tube di Medan Adawiyah sungguh menyedihkan.Pihak tentera menembak orang awam seperti berperang dengan musuh.Mereka bersembunyi dalam bangunan sambil menghala muncung senapang kepada orang ramai yang berhimpun di dataran Al Adawiyah. Ramai yang cedera dan meninggal syahid sekelip mata. Video memaparkan insiden yang sungguh sadis dan tragis menimpa rakyat yang ingin menuntut kebenaran sehingga mereka mati bergelimpangan. Ini lah harga sebuah pengorbanan terpaksa di bayar oleh mereka kerana menuntut yang hak di kembalikan.

Saudara se Islam
Kuala Lumpur.
Jumaat 16 Ogos,2013
9 Syawal 1434H

1 comment:

  1. Perit dan pedihnya perjuangan, pasti Allah tidak mensesiakan penantian akan hadirnya seorang pemimpin agung. Sunnatullah menuntut aliran darah merah dan peluh berjurai-jurai, sebelum mahal harganya dibayar dengan nikmat kemenangan dan iman...

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...