Ramai dakwa hilang pasport
Putrajaya: Pasport hilang antara alasan yang diberi pendatang
asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen dalam operasi
membabitkan 71 tangkapan, di Nilai dan Klang, awal pagi semalam.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Imigresen Putrajaya, K Saravanan, berkata 60 lelaki dan 11 wanita ditahan, kebanyakan berasal dari Indonesia, Nepal, Myanmar dan Bangladesh.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Imigresen Putrajaya, K Saravanan, berkata 60 lelaki dan 11 wanita ditahan, kebanyakan berasal dari Indonesia, Nepal, Myanmar dan Bangladesh.
“Operasi Bersepadu ini memberi fokus kepada beberapa penempatan haram dan rumah kongsi,” katanya.
Operasi Bersepadu bermula jam 1 pagi semalam dan berakhir jam 6 pagi, Imigresen menyerbu penempatan haram warga asing di ladang kelapa sawit berhampiran Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan dan beberapa rumah di sebuah tapak pembinaan di Kota Raja, Klang.
“Kami mengesan 1,000 majikan yang menggaji PATI,” katanya.
Saravanan menegaskan operasi ini itu memberi amaran kepada majikan supaya tidak mengambil PATI sebagai pekerja.
Di SHAH ALAM, pekerja asing yang bekerja di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, bertempiaran melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa imigresen dalam operasi awal pagi semalam.
Operasi yang diadakan di tiga lokasi di dua rumah kongsi di tapak pembinaan di Saujana Putra serta Pasar Borong Selangor, berjaya menahan 70 PATI termasuk dua kanak-kanak, berusia antara dua hingga 58 tahun.
Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad, berkata mereka yang ditahan membabitkan Warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Vietnam, India, Thailand dan Sri Lanka.
“Dalam operasi ini juga seramai 105 orang warga asing diperiksa dan kebanyakan yang ditahan masuk ke negara ini untuk bekerja tetapi tidak memiliki dokumen atau permit kerja yang sah,” katanya kepada pemberita.
Di SUNGAI PETANI, 130 PATI ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
Operasi dilancarkan di sekitar tapak pembinaan di Taman Puteri Jaya Hill Park dan Taman Amanjaya Lot 88 di sini.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri, Nar Azaman Ibrahim, berkata PATI yang ditahan dalam operasi itu membabitkan 53 lelaki dan lima wanita warga Myanmar, 40 lelaki dan lima wanita warga Indonesia, 16 lelaki warga Bangladesh, enam lelaki Nepal, empat lelaki Pakistan dan seorang lelaki warga India.
Di KUCHING, 105 pekerja asing tanpa permit ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 5 petang.
Pengarah Imigresen, Datuk Robert Lian Labang, berkata daripada jumlah itu, 90 ditahankan di Kuching dan 15 lagi di Miri.
Beliau berkata, daripada 90 yang ditahan di Kuching, 80 adalah lelaki dan 10 perempuan, membabitkan 69 warga Indonesia, 10 Bangladesh, India (8); manakala Myanmar, Vietnam dan Pakistan masing-masing seorang.
Berita Harian Online
Isnin 2 September,2013.
No comments:
Post a Comment