Monday, February 4, 2013

Photo: Last day b4 fly

Tengku Abas bersama Pengetua  4 Februari,2013.
Gambar: Ihsan WNAzmi.

Seorang guru SMKSB@STAR Tengku Abas Tengku Yunus akan meninggalkan kita kerana beliau sekeluarga dijadualkan ke Melbourne Australia pada pertengahan Februari ini. Isteri beliau menyambung pengajian peringkat Sarjana PhD di Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) selama empat tahun. Kita doakan semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan.















Lafaz Ikrar Rukun Negara oleh Ketua Murid.


Bagi pihak sekolah saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya diatas perkhidmatan yang diberikan selama berada di SMKSB@STAR khususnya dibawah seliaan saya selama lapan bulan.

Pagi tadi satu majlis ringkas (kejutan) tapi bermakna dikendalikan Kelab Guru  menyampaikan sedikit cenderahati kepada beliau sebagai tanda ingatan daripada  rakan rakan seperjuangan. Tengku Abas yang dikenali dengan panggilan mesra Abe Que dalam kalangan rakan-rakan merupakan seorang guru yang berhemah tinggi,bersopan santun dan bertanggungjawab. Beliau mempunyai kepakaran dalam ICT , info tekno disamping tugas hakiki sebagai Guru Bahasa Inggeris dan Guru Penasihat Kadet Polis .Hari ini merupakan perhimpunan terakhir beliau bersama pelajar dan guru-guru SMKSB@STAR. Saya pasti beliau akan terbayang saat kenangan pahit manis semasa bersama bila berada jauh nun ribuan batu di negara orang.


Nyanyian lagu Negara Ku.


Selamat berangkat ke Melbourne.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Isnin 4 Februari,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...