Friday, February 8, 2013

Malaysia Kaya Cuti

Negara ku Malaysia , tanah tumpah darah ku, disinilah aku dilahir dan dibesarkan dan mungkin juga di bumi ini jasad ku nanti InsyaAllah disemadikan.Negara ku yang kaya dengan hasil pertambangan seperti getah,emas, bijih timah, minyak dan gas menjadi idaman setiap bangsa  dari pelosok dunia berbondong-bondong mencari kehidupan dari dahulu hingga kini. Sejarah awal Tanah Melayu  penuh dengan peristiwa yang memilukan. Negara ini menjadi tanah jajahan beberapa kuasa besar dunia seperti Belanda. Portugis, Inggeris,Jepun dan Komunis sejak berkurun sebelum mencapai kemerdekaan.Kota Melaka menjadi saksi peninggalan warisan mereka yang masih kekal hingga ke hari ini. Setelah mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957 (56 tahun yang lalu) Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat, bebas dari cengkaman penjajah. Demikian sekelumit rentetan sejarah untuk renungan dan iktibar kita bersama. 

Malaysia kaya cuti

Malaysia tidak saja kaya dengan hasil bumi tetapi terlalu mewah dengan  cuti . Baru sahaja kita bercuti Thaipusam(Bagi negeri-negeri tertentu)  dan Maulid Rasul SAW, sekarang CNY pula.Bulan Mac depan sekolah akan bercuti lagi selama seminggu. Saya sengaja tidak menyebut bilangan hari bercuti berdasarkan takwim persekolahan untuk tidak menampakan terlalu banyak bilangan hari tidak bekerja.Sekolah bercuti selama seminggu sementara kakitangan lain hingga hari Selasa nanti. Inilah wajah sebenar masyarakat Malaysia yang hidup harmoni sejak berdekad dalam sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.Ada hikmah disebalik cuti cuti perayaan sebegini. Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan sekerja semua.

Budaya mudik

Budaya mudik ke kampung menjadi amalan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum yang mengambil kesempatan bercuti bersama sanak saudara. Lebuh raya padat dengan kenderaan seawal hari Jumaat lagi.Semoga pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan untuk mengelakan tragedi ngeri yang sering berlaku pada musim perayaan. Selamat bercuti. Happy Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai to all my Chinese teachers and students SMKSB@STAR .Jangan lupa balik sekolah dengan semangat tahun baru , membawa perubahan dengan  minda konstruktif dalam pembangunan pendidikan.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Sabtu 9 Februari,2013.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...