Mencari rezeki di Bumi Malaysia cukup senang khusus di Lembah Kelang. Negara ini yang beriklim tropika dengan panas dan hujan sepanjang tahun menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduknya.Tidak seperti negara-negara lain yang berdepan dengan cuaca sejuk,salji dan kemarau melampau, Malaysia dianugerah Tuhan dengan geografi bumi yang memudahkan aktiviti ekonomi sehingga menjanjikan pulangan yang baik kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha.Justeru tidak hairan berbagai bagai bangsa dari pelbagai negara berduyun-duyun datang ke Malaysia untuk mencari rezeki.
Anak Kelantan yang gigih
Masyarakat Kelantan terkenal dengan rajin berniaga dan berkelana mencari rezeki di negeri orang. Mereka rajin berusaha dan konsisten dalam setiap bidang kerjaya yang diceburi. Dimana-mana saja di negara ini tidak sukar menemui peniaga dan penjual dalam kalangan masyarakat Kelantan.Sesungguhnya 99% punca rezeki itu datangnya dari perniagaan. Bukan saja menceburi dalam kegiatan ekonomi, malah dalam semua sektor pekerjaan baik Kerajaan dan Swasta ramai anak-anak Kelantan yang berjaya baik di dalam mau pun di luar negara.
Rezeki kelapa pandan
Setiap hari selepas solat Zohor, saya mampir dibawah pokok berhampiran Taman Tasik Menjalara menikmati air kelapa pandan. Berbekalkan sekaki payung, beberapa buah kerusi , En.Zamzuri Mat Yusoff meladeni pelanggan yang setia menunggu dengan kehausan. Saya salah seorang penggemar air kelapa beliau yang sedap dan manis dengan bayaran berpatutan RM3.00 sahaja.
Sumber:gemilangagroland.blogspot
Rezeki kelapa pandan
Setiap hari selepas solat Zohor, saya mampir dibawah pokok berhampiran Taman Tasik Menjalara menikmati air kelapa pandan. Berbekalkan sekaki payung, beberapa buah kerusi , En.Zamzuri Mat Yusoff meladeni pelanggan yang setia menunggu dengan kehausan. Saya salah seorang penggemar air kelapa beliau yang sedap dan manis dengan bayaran berpatutan RM3.00 sahaja.
Sumber:gemilangagroland.blogspot
Kelapa Pandan yang rendah dan lebat.
Pulangan ekonomi baik
Dimana ada usaha disitu ada rezeki . Rajin berusaha pasti berjaya.Saya kagum dengan anak muda ini yang gigih menjalankan perniagaan setiap hari berhampiran Masjid Kepong Menjalara.Pekerjaan halal lagi mulia sudah tentu dijamin Allah dengan pulangan ekonomi berganda terutama bila cuaca panas.Beliau mampu menjual 200-300 biji sehari mengikut keadaan cuaca. Demikian katanya kepada saya semasa berbual sambil minum air kelapa pandannya. Teruskan usaha dan jangan lupa kepada Tuhan yang memberikan rezeki .
Che'Yahya Che'Soh.
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
16 Februari,2013.
No comments:
Post a Comment