Thursday, February 14, 2013

Semakin Berisi Semakin Tunduk

Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun yang diwarisi sejak zaman berzaman. Oleh kerana eloknya  pekerti dan luhurnya nilai budi banyak perumpamaan yang diungkapkan dalam bentuk kata-kata berkias untuk menggambarkan maksud sebenar sesuatu Peribahasa mengenai budaya dalam kalangan masyarakat Melayu.Resmi padi Semakin Berisi Semakin Tunduk seharusnya menjadi pegangan setiap orang berilmu.Maknanya semakin tinggi ilmu semakin tawadduk kepada Allah dan tidak merasa diri lebih baik daripada orang lain.

















Sumber you tube  A Journey to Damascus.
Mendengar irama ini mengembalikan nostalgia
zaman 60an dan 70an terutama  semasa hampir
berbuka puasa.


Kejernihan peribadi

Ilmuan sebenar mempamerkan kejernihan peribadi dalam setiap perilaku .Cendekiawan muslim yang mukhlis,muttaqin dan solehin sentiasa mengintrospeksi diri dari terjebak dengan unsur-unsur riak, takabbur, sombong dan angkuh kerana menyedari sumber ilmu yang hakiki  datangnya dari Allah SWT ,Tuhan Pencipta setiap insan.Ilmu yang dimaksudkan tidak terbatas kepada pengamalan ritual semata mata, malah merangkumi semua bidang disiplin termasuk Sains dan Teknologi,Kemasyarakatan, Ekonomi dan Sosio budaya sesebuah masyarakat. Semakin tinggi darjah keilmuan dan kedudukan seseorang dalam masyarakat seharusnya  semakin merendah  diri sebagai manifestasi amalan kebaikan. Menjadikan Khalifah Umar Al Khatab R.A sebagai contoh kepimpinan yang sangat takut kepada Allah SWT dalam setiap tindakan dan perbuatannya perlu diterjemahkan dalam kehidupan kita.


 
 Padi masak Semakin berisi semakin tunduk
Sumber: internet

Pesan Nabi SAW

Orang berilmu bertanggungjawab membawa pesan Nabi SAW walaupun sepatah ayat perlu disampaikan dengan jujur dan ikhlas Ballighu Anni Walau Aayat  yakni melanjutkan risalah Rasul SAW membawa kebenaran bersumberkan Al Qur'an dan Hadith.Ilmuan sebenar sentiasa berlapang dada dan bersedia mendengar pandangan orang lain.Seandainya tidak sependapat mereka tidak berbantah dan saling menuduh antara satu sama lain.Saling hormat dan mahabbah walau pun berbeza idealisma bagi menjaga kemurnian ilmu dan kekuatan ummah sangat dituntut dalam Agama. Wallahu A'lam.


Al Fakir wal miskin
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKS@STAR
Al Segambuti Kuala Lumpur.
14 Februari,2013.

 Copyright © 1999 – 2013 Google



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...