Tuesday, February 26, 2013

Technology Thinking

Peradaban manusia berkembang selari dengan perobahan dunia. Ketika kita berada dalam kurun ke 21 yang serba moden , menuntut manusia berfikir secara teknologi (technology thinking) untuk memperkasa minda  mengadaptasi diri dengan perobahan yang berlaku.Kegagalan membuat anjakan paradigma melakukan perobahan ,bermakna  redha dengan  'status quo' yang ada. Transformasi kehidupan tidak akan berlaku jika masyarakat masih resistant dengan keadaan yang selesa dan sukar menerima perubahan.











Source :emergingedtech.com

Transformasi pendidikan

Dalam dunia globalisasi tanpa sempadan menuntut kita berfikir secara futuristik sejajar dengan abad digital (digital age) yang mempengaruhi gaya hidup masyarakat dalam setiap bidang kehidupan..Abad digital sebenarnya menjadi perintis kejayaan  transformasi pendidikan kerana menyajikan  pelbagai  ledakan maklumat yang boleh dicapai dengan mudah dan praktikal. Kemampuan menyaring sumber ilmu yang bermanfaat untuk pembangunan minda fikir pelajar menjadi indikasi kecemerlangan pendidikan. Hala tuju dan matlamat negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan negara maju berpendapatan tinggi, memerlukan  pembabitan semua pihak termasuk sektor kerajaan, swasta , orang perseorangan dan ibu bapa bagi memastikan NKRA Pendidikan  dapat direalisasikan. Penyediaan prasarana yang cukup dan sofistikated menjadi katalis mempercepatkan pembangunan negara.

Bersedia untuk berubah

Kita tidak punya pilihan dalam menyongsong kehidupan di dunia melainkan dua alternatif  saja iaitu bersedia untuk berubah atau membiarkan diri mati tanpa perubahan.Pembangunan pendidikan negara yang berganjak secara sistemik memerlukan kefahaman semua apparatus  dan masyarakat umum tentang dasar -dasar baru yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran seperti KSSR,LINUS, BAI'AH, 1 Murid I Sukan , PBS (sekadar menyebut beberapa pendekatan) dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) untuk  mengangkat martabat Institusi Pendidikan sebagai aset penting negara. Semua pendekatan ini bermula dengan Transformasi Program Kerajaan(GTP) dalam semua sektor termasuk pendidikan. Berfikir seiring dengan perkembangan teknologi menjadi tonggak kekuatan professional seseorang bagi mendepani isu dan cabaran yang berlaku dalam  alaf ini.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kul.
27 Februari,2013

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...