Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Staf saya
Suzannah Sapwan melangsungkan perkahwinan pada
hari ini Ahad 10 Februari,2013.Suzannah seorang pekerja
yang rajin dan berdisiplin.
Foto: Ihsan WNAzmi
Hari ini menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Pn Nazifah Nor Pengetua SMK Desa Tun Hussein Onn di Restoran Nelayan Gombak.Ramai tetamu yang hadir sebahagian besarnya dalam kalangan rakan sejawat beliau. Saya bersama isteri duduk semeja dengan En. Zulkifli Hamzah SUB Sumber Manusia Kementerian Kesihatan yang hadir bersama isteri. Kami berbual agak panjang kerana lama tidak berjumpa. Saya mengenali beliau semasa sama-sama bertugas di JPA sekitar tahun 1997-1998 di Unit Peperiksaan.Memandangkan ada satu lagi majlis, saya mohon mengundur diri dan bersalam dengan En Mohd.Zain suami Puan Nazifah sambil mengucapkan tahniah dan selamat kepada keluarga mempelai.Kami seterusnya ke Dewan Komuniti Segambut menghadiri majlis staf saya Suzannah Sapwan. Jadikanlah institusi perkahwinan ini sebagai jambatan menuju keredhaan Illahi.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 10 Februari,2013.
No comments:
Post a Comment