Sehingga hari ini hasil tulisan dan pemikiran Sastrawan Negara Usman Awang Guru Oh Guru terus dikenang dalam kalangan guru dan masyarakat pendidik kerana meninggalkan pusaka ilmu yang sangat berguna kepada kita. Beliau sangat puitis menyampaikan suara hati melalui Sajak dan Novel yang memaparkan kisah kisah kehidupan yang membaluti dirinya yang lahir dan membesar di sebuah desa Nelayan Kuala Sedili Johor.
Allahyarham Usman Awang Sasterawan Negara.
Sumber gambar: Internet
Guru Oh Guru
Sajak Guru Oh Guru sangat sinonim dengan Tokoh Sasterawan Negara ini kerana beliau pernah menjadi seorang guru sementara suatu ketika dahulu.Hasil buah tangan beliau menjadi sebutan dimana mana malah kebanyakan sekolah mengabadikan sajak beliau untuk tatapan generasi sebagai sumber inspirasi kepada pelajar dalam mengenang jasa guru. Memang benar, dunia ilmu bermula dari seorang guru biasa yang dengan tekun mengajar tulis baca sehingga pelajar mengenal huruf dan tanda.Serangkai Al Fatihah buat Allayarham Dato' Usman Awang yang lebih terkenal dengan nama pena Tongkat Warrant kerana meninggalkan ilmu yang bermanfaat untuk umat manusia.
Banyak berjasa
Manusia mati meninggal nama, membawa bersama amalan mulia sebagai pahala yang berkekalan seumpama anak sungai yang mengalir menuju ke muara . Saya juga pernah membaca Novel Tulang-Tulang Berserakan yang mengisahkan perjalanan hidupnya menjadi seorang anggota Polis semasa zaman darurat di Tanah Melayu. Novel ini dijadikan buku teks untuk pelajar-pelajar Aliran Sastera Sekolah Menengah sekitar tahun 1974-1975. Membaca curahan pengalaman beliau yang menjadi anggota Polis pada masa itu sungguh terkesan kerana gaya bahasa dan susunan peristiwa yang digambarkan benar-benar realiti dan terjadi keatas dirinya dalam suasana genting menghadapi ancaman komunis sehingga diisytiharkan darurat di seluruh negara.
Ilmu bermanfaat
Sesungguhnya sepanjang hayatnya beliau banyak berjasa kepada masyarakat, bangsa dan negara meninggalkan khazanah ilmu yang berharga kepada kita.Benarlah Sabda Nabi SAW 'Apabila meninggalnya anak Adam terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.' Mudah-mudahan kita yang masih lagi dapat menyedut udara dapat mengambil ibrah (iktibar) merealisasikan pesan Rasul SAW untuk kebahagian duniawi dan keselamatan ukhrawi sebelum tibanya ajal yang pasti datang menjemput setiap manusia .

Sebuah kenangan tinggalan Allahyarham
Sumber: You tube Deklamasi Sajak Melayu Usman Awang
Nukilan,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Sabtu 16 Februari,2013
11.47 Malam.
No comments:
Post a Comment