Taiping: Lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII,
di sini cedera, termasuk seorang melecur selepas disambar petir ketika
berehat di tepi padang bola sekolah berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, semua pelajar berkenaan terpelanting sejauh dua meter dan menyebabkan dua daripada mereka iaitu pelajar Tingkatan Tiga, S Haresh, 15, dan pelajar Tingkatan Lima, R Dhenesh Kumar, 17, pengsan.
Petir menyambar kepala dan badan kiri Dhenesh Kumar mengakibatkan 30
peratus tubuhnya melecur. Dia belum sedarkan diri sehingga kini dan
dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Taiping (HT).
Haresh yang terkena renjatan bagaimanapun sudah sedar dan dibenarkan pulang, manakala tiga lagi rakan mereka hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama.
Menceritakan detik cemas itu, Haresh berkata, dia sedang berbual bersama empat rakannya di tepi padang bola sepak utama sekolah.
Tragedi ketika rehat
Keadaan cuaca sangat baik dan tidak menunjukkan tanda untuk hujan. Namun, tiba-tiba saja kilat menyambar menyebabkan kami terpelanting dari tempat berehat dan saya pengsan, katanya ketika ditemui di HT, semalam.
Sementara itu, bapa Dhenesh Kumar, P Ravindran, 50, berkata beliau bimbang kerana doktor memaklumkan keadaan anaknya parah dan peluang untuknya kembali pulih amat tipis.
Hancur hati saya apabila mendengar berita itu. Dia anak yang baik dan pelajar cemerlang di sekolah.
Dia satu-satunya harapan saya dan harap dia tidak patah semangat untuk teruskan kehidupan kerana kami sangat sayangkannya.
Saya tidak sanggup melihat dia terseksa melawan sakit dan berharap ada pakar mampu menyelamatkan nyawanya, katanya sambil menitiskan air mata.
Bapa Haresh, R Sokalingam, 47, pula berkata, dia bergegas pulang dari Kedah selepas dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.
Saya lega mendapati dia masih hidup dan masih mampu tersenyum ketika pertama kali terpandang saya, katanya.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, semua pelajar berkenaan terpelanting sejauh dua meter dan menyebabkan dua daripada mereka iaitu pelajar Tingkatan Tiga, S Haresh, 15, dan pelajar Tingkatan Lima, R Dhenesh Kumar, 17, pengsan.
Haresh yang terkena renjatan bagaimanapun sudah sedar dan dibenarkan pulang, manakala tiga lagi rakan mereka hanya mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital sama.
Menceritakan detik cemas itu, Haresh berkata, dia sedang berbual bersama empat rakannya di tepi padang bola sepak utama sekolah.
Tragedi ketika rehat
Keadaan cuaca sangat baik dan tidak menunjukkan tanda untuk hujan. Namun, tiba-tiba saja kilat menyambar menyebabkan kami terpelanting dari tempat berehat dan saya pengsan, katanya ketika ditemui di HT, semalam.
Sementara itu, bapa Dhenesh Kumar, P Ravindran, 50, berkata beliau bimbang kerana doktor memaklumkan keadaan anaknya parah dan peluang untuknya kembali pulih amat tipis.
Hancur hati saya apabila mendengar berita itu. Dia anak yang baik dan pelajar cemerlang di sekolah.
Dia satu-satunya harapan saya dan harap dia tidak patah semangat untuk teruskan kehidupan kerana kami sangat sayangkannya.
Saya tidak sanggup melihat dia terseksa melawan sakit dan berharap ada pakar mampu menyelamatkan nyawanya, katanya sambil menitiskan air mata.
Bapa Haresh, R Sokalingam, 47, pula berkata, dia bergegas pulang dari Kedah selepas dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.
Saya lega mendapati dia masih hidup dan masih mampu tersenyum ketika pertama kali terpandang saya, katanya.
Berita Harian Online Sabtu 2 Februari,2013
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur,
Sabtu 2 Februari,2013
No comments:
Post a Comment