Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang guru atau dalam terma Perjawatan disebut Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS), berbagai pengalaman menarik, manis,pedih dan tidak kurang juga menguji kesabaran intelektual dilalui dengan penuh istiqamah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.Saya mula bertugas di Sekolah Menengah Sains (STJ) Tuanku Jaafar Kuala Pilah pada tahun 1981, kemudian bertukar ke SMK Seri Gombak selama 3 tahun, kemudian digerakan pula ke SMK Victoria (VI)dari tahun 1989-1995.Murid saya sekarang telah menjadi guru di SMKSB@STAR.Ini bermakna saya bukan lagi seorang yang muda dari segi usia. Hanya tinggal tiga tahun setengah lagi dalam perkhidmatan jika dipanjangkan usia oleh Allah SWT.
SYAM TAJUDDIN
Sumber video duniamuziksyam blogspot.com
SMK VICTORIA sekolah ketiga saya mulai 1989-1995
Guru Sains VI
Selama bertugas di VI, saya banyak mengutip pengalaman dibawah dua orang Pengetua iaitu En. Shuib Dahaban dan Puan Hajah Robeahtun Datuk Ahmad Damanhuri.Saya mengajar subjek Sains Biologi Tingkatan 3 dan 4.Sebagai seorang Guru Disiplin (GD) selama tiga tahun saya dapati pelajar-pelajar VI tidak pernah mencalar kereta saya malah mereka sangat hormat bila GD meronda sekolah. Sepanjang ingatan , saya tak pernah merotan seorang pun pelajar tetapi disiplin sekolah terkawal.Mungkin mereka segan kerana saya bermesra dan bergaul dengan mereka. Rakan-rakan seangkatan saya ialah Us Megat Abu Bakar, Che'gu Wahab, Che'gu Anuar Ab. Hamid dan Che'gu Amran Kamsi(sekadar beberapa nama) merupakan pasukan yang sama-sama bergerak membantu sekolah. Semangat Victorian hingga kini masih berbekas dalam diri saya walau pun telah lama meninggalkan VI.Entah apa rahsianya pengaruh VI sebati dengan saya.
Pegawai Kementerian
Dari VI saya berpindah ke Kementerian Pelajaran yang ketika itu di Pusat Bandar Damansara . Bekerja di KPM sebagai pegawai (Penolong Pengarah Bahagian Sekolah) selama 3 tiga tahun sebelum bertukar ke Bahagian Perkhidmatan Cawangan Peperiksaan JPA mengisi perjawatan Kader sebagai Penolong Pengarah Peperiksaan. Ketika itu dua perjawatan DG wujud iaitu KPP dan PP sebelum dimansuhkan ketika resesi ekonomi pada 1997-1998. Mulai Ogos 1998 saya ke Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (Bangunan Anjung Felda Jalan Maktab)memegang jawatan Ketua Unit Maklumat hingga tahun 2001.Mulai tahun 2001 hingga 2009 saya diamanahkan mengurus dan mengendali peperiksaan sebagai KPP Penilaian Peperiksaan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya singgah sebentar di Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat (PPWK) dari 1 November hingga 1 Disember,2008 semasa penstrukturan semula perjawatan di JPN.(Lihat artikel saya Sejarah Penubuhan Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat)
Menjadi Pengetua
Saya kembali semula ke Sektor Penilaian Peperiksaan sebagai KPP Penilaian Peperiksaan selama tiga bulan sebelum di tugaskan sebagai Pengetua SMK Danau Kota mulai 16 Mac 2009.Jika diberi pilihan saya lebih selesa bekerja di pejabat tetapi kehendak Allah diluar kemahuan kita. Pengarah JPWP pada masa itu Hj Radzi Ab Jabar meminta saya ke sekolah.Mungkin pada pandangan beliau saya boleh membantu pembangunan pendidikan khususnya bagi anak-anak di sekitar DANAU KOTA.Pengalaman pertama sebagai pengurus sekolah sangat berbeza dengan pengurusan dan pentadbiran peperiksaan.Setelah genap tiga tahun di SMK Danau Kota saya digerak pula ke SMK SINAR BINTANG mulai 10 April,2012 hingga kini.Sepanjang perkhidmatan saya pernah menerima ganjaran RM1,000 Perkhidmatan Cemerlang SSM pada tahun 2003 semasa Datuk Yaacob Wan Ibrahim menjadi Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, setelah berakhirnya Sistem Saraan Baru (SSB) 2002. Semasa dalam skim SSB saya tidak berpeluang mendapat melintang atau menegak tetapi selalu mendatar dot. Alhamdulillah walau pun begitu rezeki kurniaan Tuhan itu sangat luas.
Pengalaman mengurus Pilihan Raya
Sepanjang bertugas di JPWP saya telah diamanahkan mengendali Pilihan Raya Umum (PRU) P119 Titiwangsa selama tiga penggal sebagai Pegawai Pengurus (RO) dari tahun 1999, 2004 dan terakhir 2008. Peranan RO sangat penting bagi memastikan perjalanan pilihan raya kawasan Parlimennya menepati peraturan dan perundangan yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya.Sebenarnya Pegawai Pengurus (PP) yang bertanggungjawab melantik Wakil Rakyat yang dipilih mewakili sesuatu kawasan Parlimen atau DUN dengan menanda tangani writ pengisytiharan pelantikan Ahli Dewan Rakyat yang memenangi sesuatu kawasan Parlimen.

Adunan Pengalaman
Liku perjalanan kerjaya menjadi adunan pengalaman yang sangat berguna kepada saya untuk mengurus dan mentadbir sekolah yang sudah tentu mempunyai kelainan budaya dan pendekatan berbeza berbanding dengan persekitaran kerja di pejabat. Pengurusan sekolah yang sangat rencam dan kompleks memerlukan ketajaman minda dan kekuatan intelektual yang tinggi bagi memastikan sekolah berfungsi dengan baik untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sukan dan sahsiah pelajar.Pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan sekolah.Kelalaian bertindak terhadap sebarang isu yang timbul mengundang risiko kepada warga sekolah. Kepekaan terhadap kerosakan infrastruktur menjadi agenda yang perlu ditangani dengan segera walau pun menghadapi kekangan kewangan.
Menaruh harapan
Masyarakat menaruh harapan yang tinggi terhadap pembangunan pendidikan anak-anak mereka.Bagi mereka yang tidak pernah menjadi Pengetua mungkin kurang arif dengan karenah administrasi yang berlaku di sekolah terutama menangani isu dan cabaran yang berlaku dalam kalangan ratusan guru, ribuan murid, berdepan dengan ragam ibu bapa yang berhubung dengan sekolah.Mudah-mudahan dengan 'Team' yang dibentuk secara sepadu menjadi pemacu kejayaan sekolah dalam setiap bidang.Sesungguhnya refleksi pengalaman menjadi sejarah dalam kehidupan seorang penjawat awam sehinggalah tiba masanya terpaksa meninggalkan jawatan.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Sabtu 2 Feb 2013
No comments:
Post a Comment