Sempena Cuti Tahun Baru Cina (CNY) semua sekolah seluruh negara bercuti selama seminggu tetapi Pengetua dan staf pejabat bekerja seperti biasa mulai Rabu 13 Februari,2013. Orang awam kurang arif dengan tugas pengurus sekolah. Mereka beranggapan Pengetua pun ikut sama bercuti seperti guru-guru. Sebenarnya Pengetua dan staf perkeranian bekerja ikut waktu pejabat . Kelayakan cuti tahunan kami berbeza dengan guru guru termasuk Penolong Kanan yang hanya diperuntukan Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari dalam setahun. Pejabat sekolah di buka seperti biasa mulai pukul 700 pagi hingga 500petang untuk sebarang urusan .
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Selasa 12 Februari,2013.
No comments:
Post a Comment