Tuesday, February 19, 2013

Syarat Pelantikan Pengetua




Pagi tadi berlangsung mesyuarat (post-mortem) PMR 2012 dan Majlis Anugerah pencapaian sekolah terbaik bagi Zon Sentul disampaikan Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul(PPWS) Hajah Nik Ramas Nik Wan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Segambut kepada semua Pengetua dan PK Tadbir dan Kurikulum daerah Sentul. Beliau memaklumkan beberapa perkembangan mengenai transformasi yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara masa kini.










Hajah Cik Nik Ramas Nik Wan
Timbalan Pengarah PPWS


Syarat pelantikan Pengetua

Mulai tahun 2013 semua calon yang akan dilantik sebagai Pengetua mesti menghadiri kursus Kelayakan  Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan ( NPQEL) sebagai salah satu syarat yang ditetapkan Kementerian sepertimana diperincikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan(PPP) 2013-2025. Institut Aminuddin Baki menawarkan  kursus tersebut kepada mereka yang layak untuk dicalonkan sebagai Pengetua bermula pada pertengahan Februari tahun ini.Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik saya telah menghadiri kursus berkenaan  mulai hari Isnin 18 Februari dan berakhir pada 8 Mac ini untuk ambilan pertama.Kerajaan telah menetapkan pra syarat tersebut bagi memastikan kualiti kepimpinan pengetua benar-benar memenuhi piawaian dan mencapai standard prestasi untuk mentadbir sesebuah sekolah.

Selanjutnya beliau menegaskan tentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) yang bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 perlu dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan.

Warna sekolah

Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul memperkenalkan pendekatan warna seperti hijau, biru, kuning, merah bagi melihat pencapaian dan kekuatan sekolah dalam bidang akademik, audit, PSS dan sebagainya. Melalui warna sebagai petunjuk prestasi sekolah  yang menjadi ukuran pencapaian , Pengetua perlu meningkatkan komitmen dan berusaha bersama guru-guru mereka merancang, melaksana berbagai strategi untuk meningkatkan pencapaian murid. Pelaksanaan sistem ini memberi impak positif kepada sekolah. 

Majlis berakhir dengan penyampaian sijil kepada sekolah-sekolah yang menunjukan peningkatan dalam GPS dan Mata Pelajaran tertentu. SMKSB@STAR menerima sijil penghargaan dalam Pendidikan Islam.


Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Selasa 19 Februari,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...