Monday, February 18, 2013

Selamat Bersara Sdra.Drs. Ab.Aziz Omar

Rakan seperjuangan saya Sdra. Drs.Ab. Aziz Omar (AZMAR-PB) Guru cemerlang (GC) SMK Pasir Mas 1 telah bersara pada awal tahun ini. Saya doakan semoga beliau sekeluarga beroleh kesejahteraan berpanjangan untuk mengisi aktiviti kehidupan selepas meninggalkan dunia pendidikan.Beliau memilih bersara awal (genap 57) setelah menabur khidmat bakti sebagai penjawat awam selama lebih 28 tahun. Tahniah kerana memacu kerjaya sehingga mengecapi Gred 54 sebagai Guru Cemerlang.


My Photo













Sdra. Drs. Ab.Aziz Hj.Omar (Azmar)
Lulusan USU (Linguistik) Medan.

Menghimbau kenangan

Menyoroti kembali kehidupan sebagai mahasiswa beberapa dekad lalu,menghimbau kenangan yang sukar dilupakan bagi kami pelajar-pelajar Malaysia di tanah seberang.Pusat Pelajar Malaysia (PPM) di Jalan Mahkamah 11, meninggalkan nostalgia bagi mereka yang pernah bersama mengharungi suka duka di rantau orang. Pusat Pelajar Malaysia (PPM) sebelumnya dikenali dengan Sekretariat Himpunan Mahasisawa Malaysia Sumatera (HMMS) menjadi tempat perjumpaan pelajar-pelajar Malaysia  di Medan. Kebanyakan mereka mendapat biasiswa Kementerian Pelajaran, JPA, MARA dan Yayasan Kerajaan Negeri yang menaja pelajar dalam berbagai bidang seperti Kedoktoran, Pergigian, Pendidikan, dan bidang Farmasi. Kami umpama keluarga besar yang saling bantu antara satu sama lain. Bila hari libur,ada yang bergadang sampai pagi bermain karem dan jerami . Itulah kenangan yang masih tersemat dalam ingatan semasa menjadi mahasiswa dulu.Menghimbau kenangan manis sewaktu mahasiswa, tak sangka ramai rakan-rakan kini telah menjawat jawatan tinggi dalam Kerajaan seperti perubatan,pergigian,pensyarah, pendidik  dan bidang korporat yang berjaya .
















Sumber you tube Rhoma Irama
Bergadang.

Jasa Pak Khamis

Hubungan akrab dengan Konsulat Malaysia terutama En Khamis Abu Samah (kini Datuk) yang lebih dikenali dalam kalangan pelajar.Pak Khamis merupakan seorang Konsul Muda yang sangat mengambil berat kebajikan mahasiswa.Kami kerap diundang mempersembahkan Dikir Barat dalam majlis yang dianjurkan Konsulat Jenderal Medan.Tukang Karutnya Pak Aziz dan Tok Jogho ialah saya sendiri.Hebatnya Pak Aziz ini mempunyai kebolehan dalam bidang kesenian dan kebudayaan terutama wayang kulit.Kini sebahagian rakan-rakan telah berpulang kerahmatullah antaranya ialah Hadri Awang, Jaafar, Ab.Aziz Osman ,Arif Mat Isa, Dr. Ab.Halim Sulaiman, Dr. Azmi ,Zainuddin Hamzah, Helmi Ab.Ghani  dan Ahmad Bestari Ismail. Semoga arwah mereka mendapat tempat sewajarnya disisi Allah .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur
19/2/2013.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...