Monday, February 4, 2013

Gelaran Che'gu Kekal Sepanjang Masa



Siang tadi bersama Che'gu WNAzmi di 'Guard House' .
Santai dan rileks tapi minda tetap bergerak memikirkan
kemajuan sekolah .

Orang tetap akan memanggil Che'gu walau pun kita tidak lagi berkhidmat atau telah bersara malah panggilan mulia ini terus melekat dibibir masyarakat sekali pun empunya nama sudah tiada. Begitulah berkatnya gelaran  Che'gu. Justeru jadilah seorang guru yang berjasa mengajar dan mendidik manusia tanpa rasa kecewa dimana pun kita bekerja baik di kota atau pedalaman desa kerana jasa guru sangat berharga . Panggilan Che'gu kekal terpahat sepanjang masa walau pun kita telah kembali menemui Pencipta. Hayatilah bait-bait Dikir Jasa Guru yang disampaikan dengan penuh penghayatan  oleh Che' gu Sulizi buat renungan  semua guru .




Sumber You tube Che'gu Sulizi



Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Isnin  Sore 4 Februari,2013.

2 comments:

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...