Sunday, February 24, 2013

Demi Masa Manusia Dalam Kerugian

Sesungguhnya setiap peredaran masa mendewasakan kita. Masa yang berlalu tidak akan kembali dan tentunya tidak boleh diganti. Cepatnya pertukaran masa turut merobah kehidupan manusia. Dulunya kanak-kanak kini sudah menjadi ayah dan emak.Dulunya murid kini sudah menjadi Mursyid. Semuanya itu menggambarkan betapa pentingnya masa dalam pengurusan hidup manusia. Justeru AlQur'an merakamkan tentang masa dengan sangat tegas "Sesungguhnya manusia dalam kerugian( khusrin) kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kesabaran".  Allah SWT bersumpah dengan masa untuk  mengingatkan manusia supaya tidak leka dan lalai dalam menunaikan tanggunggjawab sebagai  hamba di muka bumi. Ingatlah Pesan Nabi SAW , masa muda sebelum datang tua, masa sihat sebelum sakit,masa lapang sebelum sibuk ,masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum datangnya mati.






Mengurus masa 

Tuhan memperuntukan masa 24 jam dalam sehari kepada manusia untuk menjalankan kegiatan hidup di muka bumi.Dalam tempoh tersebut kebanyakan manusia tidak dapat membahagikan masa secara optima untuk dirinya, keluarga, masyarakat dan yang paling utama menunaikan perintah Tuhan lima kali sehari.Orang yang berdisiplin bijak mengurus masa dengan baik untuk kelestarian hidupnya. Mereka membuat perancangan awal sehingga tidak terburu-buru dan tergopoh gapah dikejar masa. Mendidik diri mengurus masa dengan baik menjadikan kita manusia berintegriti, menepati janji dan di segani.Ketepatan masa dalam menunaikan janji menjadi ukuran peribadi seseorang.

Tiga kategori manusia

Tiga kategori manusia yang bila berjanji ia mungkiri, bila bercakap ia berbohong dan bila diberi amanah ia khianati sudah pasti akan menghancurkan generasi.Manusia dalam kategori ini disebut hipokrit atau munafik.Orang munafik tidak boleh dijadikan ikutan apa lagi sebagai IMAM. Hanya orang yang sibuk sahaja pandai menghargai masa. Mudah-mudahan kita semua berpegang kepada janji menjadi penjawat berintegriti selaras dengan perintah Tuhan supaya kehidupan tidak rugi di duniawi dan ukhrawi.

Wallahua'llam

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Ahad 24 Feb 2013 11.57pm

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...