Kementerian Pelajaran Malaysia membuka permohonan kepada guru-guru untuk berkhidmat dengan Pusat Jalinan Bimbingan Kasih, sebuah institusi yang diwujudkan untuk membantu anak-anak yang tertinggal/tercicir dari arus pembangunan pendidikan di negara ini.Surat siaran mengenainya telah diterima dari Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan telah sampai ke sekolah-sekolah untuk dipanjangkan kepada guru-guru yang berminat. Komitmen dan keprihatinan Kementerian menangani isu dalam kalangan anak-anak seperti ini menunjukan betapa seriusnya kerajaan membela nasib golongan terbiar atau gelandangan.
Baik pulih bangunan lama
Ketika ini kerja-kerja baik pulih bangunan lama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) Jalan Raja Muda Ab.Aziz ,sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik Kementerian.Bangunan ini digunakan sebagai Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan sejak sekian lama sebelum berpindah ke Anjung FELDA hingga tahun 2004 dan akhirnya ke Jalan Duta hingga kini.Jabatan lama menjadi tempat tumpuan petugas peperiksaan, guru-guru dan kakitangan Jabatan meletakan kenderaan mereka semasa menghadiri taklimat atau mesyuarat di hotel berdekatan- KLIH. Kini tempat parkir tidak lagi boleh digunakan kerana kerja-kerja ubahsuai masih belum siap.Terletak di kawasan yang padat dengan bangunan-bangunan kedai , hotel penginapan bajet dan deretan gerai sepanjang jalan menjadikan tempat ini sangat sesak terutama pada waktu puncak.
Usaha murni Kementerian
Kemajuan sesebuah negara diukur melalui kadar celik huruf dalam kalangan rakyatnya. Bermakna pendidikan itu menjadi agenda utama negara bagi membangun potensi pelajar menjadi manusia yang boleh bermandiri untuk kesejahteraan hidup mereka sendiri.Usaha murni Kementerian Pelajaran merealisasikan Pusat Jalinan Bimbingan Kasih (PJBK) bagi menangani nasib anak-anak yang tertinggal dari arus pendidikan merupakan tindakan terpuji selaras dengan konsep Education For All bagi kanak-kanak di seluruh dunia.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
23 Februari,2013.
No comments:
Post a Comment