Kita sering mendengar ungkapan kemenjadian murid sebagai sasaran utama untuk melahirkan modal insan holistik tetapi sangat jarang kita sebut kemenjadian guru, kemenjadian pengetua, kemenjadian pegawai dan kemenjadian pemimpin pendidikan yang secara kolektif berada dalam sistem yang sama untuk membangun citra pendidikan negara.Mercu tanda kemajuan di ukur melalui pencapaian sekolah dalam semua bidang kerana kemenjadian murid merupakan produk utama negara dalam menghasilkan modal insan berwibawa dan di segani.Setiap Bahagian dan Sektor di Kementerian, Jabatan Pelajaran , Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) tertumpu kepada sekolah bagi menjayakan misi pembangunan pendidikan bertaraf dunia.Peranan guru semakin mencabar kerana terpaksa menahan karenah birokrasi yang tidak berkaitan dengan Sasaran Kerja Utama (SKT) yang ditetapkan Kementerian.
Kecemerlangan pendidikan
Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara di nilai dari kecemerlangan pendidikan melalui produk yang dihasilkan saban tahun.Lepasan sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) yang keluar dapat mengisi lowongan kerja baik di dalam mau pun luar negara sesuai dengan ilmu dan kemahiran yang di miliki sebagai manifestasi kualiti pendidikan negara.Setiap tahun ribuan calon cemerlang di hasilkan melalui sistem peperiksaan kita, namun apakah mereka semua mendapat tempat yang selayaknya di IPTA sesuai dengan kecemerlangan yang di perolehi ?
Kemenjadian Guru
Kerajaan telah menetapkan sasaran 30% pengambilan guru baharu yang benar-benar berkualiti mengikuti kursus perguruan dalam kalangan Lepasan Ijazah atau Lepasan Diploma bagi memastikan penyampaian PdP menepati standard prestasi yang ditetapkan.Kemenjadian guru menjadi kemestian jika inginkan kualiti pendidikan generasi terus terjamin.Guru yang beramanah,berdisiplin,berkualiti,berintegriti menjadi tonggak kecemerlangan pelajar bagi memacu pembangunan pendidikan negara. Kebajikan guru juga perlu di beri perhatian bagi menyuntik motivasi kerja. Mereka tidak seharusnya di bebani dengan tugas-tugas di luar bidang yang tidak mendatangkan manfaat kepada pelajar.
Pengetua sebagai teladan
Pengetua sebagai pemimpin tertinggi sekolah menjadi teladan kepada semua guru dan pelajar dalam mencorak dan membentuk budaya sekolah bertunjangkan ilmu dan kewibawaan peribadi. Pengaruh kepimpinan pengetua terhadap disiplin pelajar sangat dominan bagi sesebuah sekolah. Pengetua yang baik,mesra tetapi tegas mampu menjana kekuatan iklim sekolah kekal harmoni dan berdaya maju. Pengetua yang bercakap serupa bikin dan bikin serupa cakap menjadi tanda aras kemajuan pelajar dan ikutan kepada guru-guru untuk memacu pembangunan pendidikan sekolahnya.Jika Pengetua tidur, guru berdengkur pelajar kabur dan kemajuan mundur .
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
24 Februari,2013.
No comments:
Post a Comment