Esok Khamis 16 Januari,2014, hari terakhir bagi Cik Kong Guru Kanan Kemanusiaan SMK Sinar Bintang@Star sebagai penjawat awam setelah lebih 27 tahun berada dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Pegawai perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS). Selama hampir dua tahun saya berada di sekolah ini,Cik Kong menunjukan prestasi kerja yang membanggakan. Beliau di anugerahkan Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012 bersama 10 orang anggota yang lain. Seorang Ketua Bidang Kemanusiaan yang baik,tidak banyak cakap kecuali yang penting dan mustahak sahaja. Menghormati ketua dan menjalinkan hubungan mesra dengan rakan sekerja.Tempat beliau akan di isi oleh Guru Kanan Kemanusiaan baharu En.Wan Azmi berkuatkuasa pada16Disember yang lalu.Dalam perkhidmatan Kerajaan pergi dan datang adalah lumrah kehidupan. Tiba masa kita akan berundur baik secara paksa atau pilihan. Cik Kong memilih bersara awal 55 tahun. Semoga beliau sihat sejahtera dan tenang menjalani kehidupan sesudah bersara.
Ucapan Pengetua pada majlis persaraan Cik Kong
Ucapan Pengetua pada majlis persaraan Cik Kong
Guru-guru PK bersama NYDP PIBG En.Victor Low
Persiapan majlis
Dewan Bestari dan Dewan Gemilang@Dewan Dato'Melvin di hias indah untuk majlis persaraan beliau. Terima kasih tidak terhingga kepada AJK Persiapan yang cekap dan cepat bertindak walau pun kekangan masa dalam kesibukan mengajar.Saya perhatikan Puan Rosnah, Cik Zalina, Puan Zanariah, Puan Noraini dan beberapa orang guru lain 'berhungga' kesini sana memastikan majlis esok berjalan lancar.Mengikut perancangan majlis akan bermula pada jam 10.30pagi yang akan di hadiri sama Pengerusi PIBG En. Simon Kor. Terima kasih dari saya. Selamat bersara Cik Kong.
Selamat bersara Cik Kong Guru Kanan Kemanusiaan
Selamat bersara Cik Kong Guru Kanan Kemanusiaan
Persembahan tarian Cina pelajar Tingkatan 2
Cik Kong menerima cenderahati dari Pn Zanariah
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
15 Januari,2014.
No comments:
Post a Comment