Sudah sekian lama tidak bertemu dengan keluarga Almarhum Hj Nasron yang suatu ketika dulu sangat rapat dengan kami terutama anaknya Azman Hj Nasron yang mengurus perjalanan Haji dan Umrah KSB Travel.Beberapa kali saya ke Tanah Suci melalui KSB Travel untuk mengerjakan Haji dan Umrah.Dalam tahun 2001 saya suami isteri ke Mekah menunaikan Haji bersama Ummah Mulia bawah KSB dan tinggal di Hotel Darussalam dekat dengan Marwah. Sekarang ini funduk tersebut telah lama lenyap di gusur bersama hilangnya Masjid Jin dan Pasar Zink yang menjadi tumpuan para jemaah membeli belah sebaik pulang dari Masjid.Tidak jauh dari sini ialah Hotel Dar Assalam yang menjadi tumpuan jemaah dari Malaysia bersama Almarhum Tuan haji Nasron.
Pasar zink sebelum di roboh
sumber :http://www.pbase.com
Arwah Hj Nasron memang terkenal dalam kalangan jemaah Haji dan Umrah kerana sikapnya yang mudah mesra dan suka membantu orang.InsyaAllah pada hari ini dapatlah kami bertemu dengan keluarga Allahyarham yang telah lama terputus.Majlis keraian anak bongsu beliau Amal bte Nasron pada hari ini (Sabtu) di Dewan Guthrie Bukit Jelutong Shah Alam mulai 11.30-4.00petang.
Pasar zink sebelum di roboh
sumber :http://www.pbase.com
Arwah Hj Nasron memang terkenal dalam kalangan jemaah Haji dan Umrah kerana sikapnya yang mudah mesra dan suka membantu orang.InsyaAllah pada hari ini dapatlah kami bertemu dengan keluarga Allahyarham yang telah lama terputus.Majlis keraian anak bongsu beliau Amal bte Nasron pada hari ini (Sabtu) di Dewan Guthrie Bukit Jelutong Shah Alam mulai 11.30-4.00petang.
Sumber: http://hajiterengganu.blogspot.com
Allahyarham Hj Nasron bersama sebahagian daripada keluarga beliau
beberapa tahun lalu.Aidil Azman dan Dato'Mazlan tiada dalam gambar.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas beliau. Amin
Mengenali Allahyarham
Kami sekeluarga mengenali Allahyarham sejak tahun 2001 semasa menunaikan Haji dan beberapa kali Umrah malah turut bertandang ke rumahnya di Ja'aranah meraikan perkahwinan anak beliau Najad beberapa tahun lalu.Aidil Azman sangat rapat dengan kami sekeluarga dan di layan seperti keluarga semasa kami bertemu di Madinah pada musim Haji 2011 yang lalu. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran pahala kepada Allahyarham Haji Nasron yang banyak berjasa kepada para jemaah. Serangkai Al Fatihah dari saya untuk Almarhum di alam sana.
Che Yahya Che Soh
Kuala Lumpur.Sabtu 4 Januari,2014.
Assalam Tn Haji,
ReplyDeleteterimakasih atas info ini, saya juga pernah menginap dirumah Almarhum semasa buat haji 1989 dulu, masa tu masih lagi rumah lokasinya suqullail, sekarang ni dataran di hadapan istana tu..
alfatihah utk almarhum, kami datang semasa belajar, dtg bersama haji nabil anak ust ahmad awang, tinggal dirumah beliau rasanya dua minggu juga, masa tu azman, najat, amal masih kecil.. kakak diaorang rasanya rusila..
masih indah ,memori itu.