Jalan sesak 10km
Kuala Lumpur: Sebahagian laluan Lebuhraya Mahameru iaitu dari
Parlimen menghala Jalan Tun Razak, di sini, ditutup sementara berikutan
tebing runtuh petang semalam, runtuhan tanah kedua di kawasan berkenaan
selepas kali pertama Mei lalu.
Insiden kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat, turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Insiden kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat, turut menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Bencana itu juga menyebabkan kerja menstabilkan cerun yang
runtuh dalam kejadian pertama Mei 2013 terus tergendala. Berikutan
kejadian berkenaan, pengguna dinasihat menggunakan laluan alternatif di
Jalan Duta dan Jalan Parlimen untuk ke Bulatan Segambut.
Tinjauan BH di lokasi kejadian mendapati petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus membersihkan kawasan runtuhan dan membuka laluan selorong untuk membolehkan pengguna jalan yang terkandas, meneruskan perjalanan.
Berlaku tanah mendap
Jurucakap DBKL ketika dihubungi, berkata kerja pembersihan mungkin mengambil masa dan tidak menolak kemungkinan runtuhan dari lereng setinggi 20 meter itu disebabkan tanah di tebing berkenaan mendap lalu menggelungsur akibat hujan lebat.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul serta Sri Hartamas dihantar ke lokasi sejurus menerima laporan jam 5.20 petang.
Selepas melakukan pemeriksaan, kita dapati tiada mangsa tertimbus atau kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu yang dianggarkan berkeluasan 100 meter persegi. Kita masih memantau keadaan kerana bimbang runtuhan baru selain turut membantu kakitangan DBKL melakukan kerja pembersihan, katanya.
Jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur pula memberitahu, laluan terbabit akan ditutup sementara bagi memudahkan kerja pembersihan dan orang ramai dinasihat menggunakan laluan alternatif.
Berita Harian Online
Rabu 8 Januari,2014.
No comments:
Post a Comment