Thursday, January 16, 2014

Guru Kanan Kemanusiaan Baharu

Guru Kanan Kemanusiaan SMK Sinar Bintang @Star ,Cik Kong telah menyentuh 'thumb print' terakhir pada jam 3.30petang tadi. Secara rasmi beliau telah meninggalkan profesyen yang mulia ini setelah mengalami berbagai peristiwa pahit,manis,sedih yang kadang kala sirna mengganggu emosi  seorang pendidik untuk memajukan anak bangsa tanpa mengira Agama, Etnik dan warna kulit.Tugas guru sangat mulia kerana mendewasakan manusia melalui tulis baca jauh sekali mengharapkan untung dan laba.Cik Kong pernah berkhidmat di pedalaman Sarawak selama beberapa tahun sebelum kembali ke Semenanjung dan jawatan terakhir beliau di SMK Sinar Bintang.Selamat menempuh alam persaraan semoga sejahtera sentiasa.

Guru Kanan Baharu

Sekolah mendapat seorang Guru Kanan Kemanusiaan baharu menggantikan Cik Kong.Beliau seorang guru senior yang berpotensi mengambil alih tugas yang diamanahkan. En.Wan Nor Azmi telah dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan berkuatkuasa 16 Disember,2013 yang lalu. Pihak sekolah merakamkan sekalung tahniah kepada beliau dan berharap En.Wan Nor Azmi dapat mengambil tanggungjawab dengan penuh dedikasi untuk pembangunan pendidikan anak-anak di sekolah yang sedang meningkat maju ini.Selamat bertugas.

 
Wan Nor Azmi
Guru kanan Kemanusiaan baharu

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 16 Januari,2014.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...