Thursday, January 30, 2014

Segar Mewangi Sekolah Ku


Laman prima SMKSB@STAR




Che'gu Johana meninggalkan perkarangan sekolah.













Che'gu Johana Mohammad menekan "remote" menutup TV





 
Terima kasih Monasik Tukang Kebun kerana menjaga sekolah
seperti sebuah Taman Bunga yang indah dan berseri setiap hari.

Kredit : Che'gu Ross Samlee


Tuhan mencipta hati dan naluri manusia tertarik dengan keindahan.Planet Bumi tempat bermukimnya segala organisma di hias indah dengan berbagai spesis flora dan fauna untuk kelestarian ekosistem kehidupan.Menghargai setiap ciptaan Tuhan merupakan ciri orang bermoral yang sentiasa beradab dengan alam lingkungan. Kehijauan yang beradun lembut beraneka warna bunga-bungaan menjadi penyejuk mata sekali gus sebagai terapi diri yang sedang keresahan.Isteri saya bertanya rumah siapa ni?Saya jawab Rumah SMK Sinar Bintang. Beliau kaget dengan kecantikan dan keindahannya. Alhamdulillah.Ya Allah jadikanlah sekolah ini sebuah taman ilmu yang sentiasa mendapat kerahmatan dari Mu. Peliharalah ia dari segala kejahatan makhluk baik dalam kalangan Jin dan Manusia yang berniat untuk membuat kerosakan. Ya Allah tuangkanlah ketenangan berpanjangan kepada setiap penghuni sekolah dan sesiapa sahaja yang datang berurusan dengannya. Jadikanlah kami antara hamba-hambaMu yang bersyukur, "ABDAN SYAKUURA"  seperti mana permohonan Rasullullah SAW yang tidak pernah lekang dari bibirnya yang mulia walau pun telah di jamin oleh Allah SWT sebagai penghuni Jannah yang paling istimewa dalam kalangan umat manusia. Amin. 















Sumber:Wafiq Azizah Ya Toybah


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...