Thursday, January 9, 2014

Nakhoda Baharu Kamil 2014.


Tahniah Tuan Haji Azmi Ab.Rahman
Pengetua SMK Kamil yang baharu 2014
Sumber: smkamil.blogspot.com

Sekalung tahniah kepada sahabat saya Hj. Azmi Ab. Rahman Pengetua SMK Kamil Pasir Puteh yang baharu  pada tahun ini.Berdasarkan pengalaman luas sebagai Pengetua yang mentadbir beberapa buah sekolah di Gua Musang, saya yakin beliau mampu memacu pembangunan pendidikan di sekolah ternama ini.Tahun lalu kami berjumpa di Kota Kinabalu semasa Persidangan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan sempat berbual panjang di Cafe belakang Hotel Promenade sambil menjamah kueh bungkus bersama kopi petang.Semoga Kamil menjadi sebuah sekolah yang elegan, tersohor dengan kemegahan namanya sejak dulu.Teringat saya semasa berada di Tingkatan Satu (1970) bersama rakan-rakan merangkak-rangkak belajar Bahasa Inggeris dengan Mrs.Rohana.Sekolah ini banyak meninggalkan nilai sentimental dalam hidup saya walau pun hanya setahun sahaja sempat belajar di sini sebelum berpindah ke Sultan Yahya Petra Secondary School(SYPSS) Kuala Krai mengikut ayah yang berpindah ke Jajahan tersebut menjadi peneroka RKT Batu Mengkebang hingga kini. Artikel saya 'Sekolah Dua Aliran' adalah berkaitan.

Sekolah berprestij

Kamil Secondary School sebuah sekolah berprestij yang menjadi rebutan pelajar dan ibu bapa menghantar anak mereka. Pada masa itu Pengetuanya SA John cukup sinonim dengan sekolah ini. Beliau mempunyai personaliti menarik berpakaian kemas,baju putih lengan panjang lengkap dengan 'bow' berseluar hitam dan berkaca mata merupakan identiti khas 'Headmaster' Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh yang cukup di kenali masyarakat di daerah ini. Guru Disiplin yang di geruni pelajar Mr.Muthurathinabarathy juga salah satu indikator kemasyhuran Kamil masa dulu.Bertubuh besar gendut,bersuara garau berjalan mundar mandir sekitar koridor memerhati pelajar yang curi keluar merupakan identiti khas Che'gu ini. Semua Kamilian  cukup mengenali guru kesayangan ini. 

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Khamis 9 Januari,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...