Sunday, January 12, 2014

Jangan Manggak Dengan Jawatan

cs yahya at victory - 26 minutes ago

Tuhan mencipta manusia bertujuan untuk saling bertolong-tolongan antara satu sama lain.Setiap manusia telah ditetapkan qadha dan qhadarnya dalam menjalani kehidupan sepanjang hayat di kandung badan.Tidak akan lahir seorang manusia kecuali telah ditetapkan kepadanya empat perkara iaitu Taqdir,Rezeki, Jodoh dan Maut yang akan ditempoh sepanjang hidup di dunia.Taqdir merupakan ketentuan Tuhan tetapi Allah SWT tidak membenarkan hambaNYa berserah atau redha tanpa berusaha memperbaiki keadaan. Rezeki sekali pun telah di tetapkan tetapi manusia tidak akan hidup senang sekiranya tidak berusaha memperbaiki diri hanya berpegang kepada prinsip ulat dalam batu pun boleh hidup atau rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.Demikian juga maut walau pun tetap datang mengunjungi manusia sekali pun berada di tembok yang kukuh, tetapi Allah SWT memberikan ruang dan peluang kepada manusia menangguhkan kematiannya melalui doa dan sedekah yang ikhlas secara berterusan.

Jangan manggak 

Manusia yang tahu diri tidak akan sekali-kali berlagak manggak (angkuh,sombong, takabur) sesama insan lain apa lagi dengan Tuhan.Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang sombong lagi bongkak.Apa perlu kita manggak sedangkan manusia tidak memiliki kekuatan.Lahir ke dunia telanjang bulat dalam keadaan lemah memerlukan ibu ayah memandi dan membasuh najis sehinggalah mencapai usia dewasa baharu mula mengenal diri.Sekiranya manusia mampu merefleksi perjalanan hidupnya nescaya ia menjadi orang yang sangat bersyukur kepada Tuhan dan kedua orang tuanya yang terpaksa bersengkang mata saban malam mengurus dan menjaga dengan penuh sabar tanpa pernah rasa bosan dan marah.Kasih sayang ibu ayah tidak ada galang ganti tetapi malangnya setelah dewasa ada dalam kalangan anak muda yang menderhaka kepada orang tua.Bukan sahaja menderhaka malah sanggup menghabiskan riwayat mereka angkara pemintaan tidak di penuhi.Jasa ibu ayah tidak terbalas walau pun dengan segunung emas hatta seluruh isi dunia. Sepatutnya kita sangat menghargai dan berterima kasih kepada kedua orang tua kerana mereka berdua kita dapat mengenal dunia.



Sumber: Dikir Che'gu SuliziTerima Kasih Ibu.

Roda kehidupan

Hukum Tuhan dan ketetapan alam berlaku seiring dengan jalan hidup yang di pilih manusia.Roda kehidupan terus berputar selagi hayat masih bersama badan. Jawatan, pangkat kebesaran yang di sandang hanyalah fatamorgana kehidupan yang bersifat pinjaman dan sementara semata. Hari ini kita di depan mungkin esok atau lusa kita pula berada di belakang.Hari ini kita Tuan,besok kita seorang khadam.Justeru pergunakanlah sebaik mungkin memegang amanah Tuhan untuk kesejahteraan insan lain.Jangan sekali-kali manggak dengan jawatan untuk kepentingan diri sehingga sanggup berlaku tidak adil kepada orang lain kerana suatu waktu kabus penderitaan akan hilang bersama tibanya sinar harapan.Di saat itu baharu lah  manusia menyedari akan erti sebenar sebuah kehidupan.Berusahalah menjadikanlah diri kita seumpama rumpun padi semakin berisi semakin tunduk bukannya lalang yang menyekat dan menghalang laluan orang di sepanjang jalan.Antara lalang dan padi dari kejauhan kelihatan hampir bersamaan tetapi semakin di dekati jelas ketara perbezaan.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 12 Januari,2014.

Jangan Manggak Dengan Jawatan

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...