Friday, January 24, 2014

Memerhati Perlakuan Alam

Sejak awal Januari,2014 keadaan cuaca di negara ini tidak seperti lazimnya. Saya pulang ke Kelantan pada 17-19 Januari lalu seolah-olah seperti berada di New Zealand atau England kerana belum pernah terjadi di Malaysia suasana seperti tersebut.Bacaan suhu luar pada kereta saya  18 oC sepanjang jalan dari Gua Musang menuju Kuala Krai. Tiupan angin sejuk menusuk tulang bersama tebalnya kabus pagi memenuhi ruang udara Kampung Batu Mengkebang menyebabkan jemaah Surau dan Masjid mengenakan pakaian tebal untuk membalut badan.Sebentar tadi saya menelefon ayah di kampung, beliau mengatakan  keadaan cuaca Mengkebang semakin sejuk.Cuaca yang jo'ung (mendung) seolah-olah matahari sedang tidur sangat  mempengaruhi kehidupan organisma bumi.

Perlakuan alam

Perlakuan alam yang terjadi seperti kembali pada tahun-tahun enam puluhan dahulu sewaktu penduduk Mengkebang mula meneroka Tanah Rancangan.Memerhati perlakuan alam yang terjadi memerlukan penaakulan diri dengan penuh menginsafi terhadap kekuasaan Ilahi yang mampu menggerakan awan dan memperjalankan angin mengikut ketentuanNya.Sepertimana yang kita baca dan dengar melalui berita fenomena ini terjadi kerana angin bertiup dari China yang mengalami musim sejuk bersalji.Kunci Bumi dan Langit dalam genggaman Tuhan.

Ghaflah manusia

Perubahan iklim (global climate change)boleh saja berlaku jika Allah mengkehendaki untuk memberi peringatan kepada manusia yang sentiasa ghaflah dan mengingkari perintah yang turun dari langit.Sedikit masa dulu, Amerika dilanda salji yang sangat dahsyat dalam sejarah dunia sehingga mengorbankan banyak nyawa, di susuli dengan angin kencang melanda seluruh Eropah melumpuhkan kegiatan ekonomi dan kerosakan harta benda yang tidak sedikit.Philifina dilanda angin kencang melebihi 200kmph melumpuhkan kehidupan.Perubahan struktur muka bumi telah bergeser dari paksi sebenar kerana pengaruh tujahan angin.Peringatan Tuhan turun dalam bentuk bencana kerana manusia menolak kemakrufan sebaliknya bangga dengan  kefasadan. Hukum sebab dan akibat (cause -affect) selalunya beriringan dengan perilaku manusia di  muka bumi. Semuanya berlaku di depan mata sebagai bukti perlakuan alam yang sungguh membimbangkan tetapi kebanyakan manusia mudah lupa dengan peristiwa.

Laporan  Metereologi

"Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melaporkan pada hari Khamis bahawa dari 1 hingga 22 Januari, suhu yang paling rendah dicatatkan di Kuantan iaitu 21.0°C, Kota Kinabalu 22.1°C, Petaling Jaya 23.6°C, Kota Bharu 23°C, Kuching 22.0°C manakala daerah di utara seperti Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis masing-masing mencatatkan suhu 22.4°C dan 23.3°C." Demikian laporan msatr online Khamis 23 Januari,2014. Mudah-mudahan fenomena ini cepat berlalu, InsyaAllah.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 25 Januari,2014.




Sumber: Malaysian Meteorological Department






























No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...