Alhamdulillah saya sempat menunaikan Fardhu Subuh secara berjemaah di Surau Al Falah AU 4 Keramat pada pagi tadi.Seperti biasa Imam membaca Surah Sajdah dan Al Insan setiap Jumaat. Sebaik selesai solat, Ustaz Rusdi menghampiri saya.Kami berjabat tangan dan berpelukan sambil beliau berkata "rasa seperti sembahyang di Mekah" pagi ini. Spontan saya menyebut Allah Akbar,Alhamdulillah. Segala pujian hanya untuk Allah SWT yang menganugerahkan kepada setiap hambaNya. Beliau meneruskan kuliah Subuh pagi ini dengan membaca sepotong ayat yang sangat popular dalam kalangan umat Islam iaitu
yang mengisahkan tentang keagungan Rasululullah SAW di utus Tuhan kepada umat manusia membawa khabar gembira, sedih dan duka. Ayat ini menurut beliau sangat mujarab untuk di baca dan di amal oleh setiap orang terutama semasa menaiki kenderaan, InsyaAllah terpelihara dari sebarang bencana.Allah akan menyelamatkannya dari segala bentuk musibah. Di baca sebanyak 21 kali semasa ingin menaiki kapal terbang, InsyaAllah selamat.
Akhlak Nabi Saw
Akhlak Nabi Saw
Allah SWT memuji pekerti Nabi Muhammad Saw "Sesungguhnya Muhammad SAW mempunyai akhlak yang paling agung".Wainna kala 'alaa khuluqin 'azim. Al Qalam :4 .Terbukti akhlak Nabi Saw menjadi ikon risalah Islam dalam setiap kehidupan.Riwayat yang masyhur menyebut,laluan Nabi Saw untuk ke Masjid disekat dengan berbagai halangan oleh Yahudi setiap hari. Nabi Saw tidak menunjukan kemarahan, malah membuang halangan tersebut dengan tenang.Bila tiba suatu hari halangan tidak ada lagi, lalu Baginda tertanya-tanya kemana pergi hamba Allah tersebut sehinggalah di maklumkan Yahudi berkenaan sakit.Nabi Saw lantas mengunjunginya untuk bertanya khabar berita.Yahudi sangat teruja dengan pekerti Nabi Saw lalu beliau mengakui kerasulan Muhammad Saw seterusnya menerima Islam dengan rela hati. Subhanallah. Inilah akhlak yang terpuji seharusnya menjadi amalan orang beriman. Perbuatan jahat di balas dengan kebaikan memang sungguh sukar di praktikan tetapi tidak mustahil bila hati manusia jernih dengan nur hidayah Allah.Mencontohi akhlak Nabi Saw sangat di tuntut oleh Islam.Dalam bab makan umpamanya, Nabi Saw makan sikit-sikit, kita sikit-sikit makan. Nabi Saw tidur sikit-sikit, kita sikit-sikit tidur. Demikian gurauan Ustaz Rusdi .
Berbogel di Mahsyar
Manusia lahir ke dunia telanjang bulat. Demikian juga di akhirat nanti seluruh umat manusia akan di bangkitkan dari kubur dalam keadaan tidak berpakaian untuk menunggu pengadilan Tuhan sebaik di Mahsyar.Ketika itu tiada rasa malu atau segan kerana masing-masing sibuk dengan diri sendiri. Demikian tungkas Ustaz Rusdi.Bagaimana mampu kita bayangkan di Mahsyar nanti kehidupan manusia bergantung kepada amalan semasa hidup di dunia.Perkara pertama yang di hisab Allah ialah Solat. Jika sekiranya sempurna solat fardhu amalan yang lain semakin mudah dan ringan.Justeru sembahayang merupakan obligatory yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali walau pun dalam keadaan sakit atau bermusafir. Allah memberikan alternatif kepada setiap hambaNYa mengerjakan solat dalam keadaan tersebut.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Surau Al Falah AU 4
Keramat Kula Lumpur.
Jumaat 31 Januari,2014.
No comments:
Post a Comment