Gambaran wajah terletak pada hati.Wajah yang tenang, jernih, bersih dan segar kerana hati lapang dan luas. Ekspresi muka bergantung pada hati yang menggambarkan berbagai pola laku manusia dalam kehidupan seperti takut,risau,marah,tertekan,geram,gelisah dan tidak puas hati dengan sesuatu tindakan.Hati tempat bersarangnya segala perasaaan dan kemahuan dalam diri manusia.Hati juga tempat berlakunya pertentangan antara memilih kebaikan atau keburukan.Pertarungan antara Mutmainnah dan Mazmumah sering menggoncang hati manusia.Lingkaran kehidupan turut mempengaruhi jiwa manusia. Mendidik hati untuk mengadaptasi dengan lingkungan Rabbani mampu mencegah manusia terjerumus ke lembah kehinaan.
Rahsia hati
Paparan wajah tidak dapat di sembunyikan dari rahsia hati.Kerutan di dahi membentuk garisan-garisan panjang membuktikan hati sedang dilanda masalah yang kritikal sehingga mempengaruhi fikiran seseorang.Amatlah tidak bertepatan sekiranya orang mengatakan 'bibir tersenyum hati menangis' mana mungkin bibir boleh mengukir senyuman jika hati sedang menderita.Wajah kita sebenarnya mengukir setiap kata bicara hati.Jika gagal mengurus hati dengan sempurna nescaya hancurlah sebuah kehidupan.Penyakit masyarakat berpunca dari hati.Kecenderungan melakukan perbuatan yang melanggar batasan Agama seperti rasuah,menipu, mencuri,iri hati,busuk hati,sakit hati,keras hati,mati hati salah guna kedudukan dan berbagai penyakit masyarakat berpunca dari kegagalan mengurus hati.Ikhlas terletak dalam hati yang di kunci kukuh dengan redha Ilahi.Jangan memberi kerana mengharapkan ganjaran.Ucapan ikhlas tak perlu di lafazkan.Mendapatkan sekeping hati yang tulus memerlukan latihan dan tarbiyah berterusan melalui penghayatan Qur'anik sebagai pemangkin kekuatan iman.
Integriti terletak di hati
Tuhan menempatkan manusia di bumi untuk saling bersilaturahim,berkenal-kenalan antara satu sama lain bertujuan membentuk sosialisasi kehidupan secara harmonis.Keadilan sosial lahir daripada kesepaduan cita-cita yang meletakkan integriti sebagai tunjang budi daya sesebuah masyarakat berteraskan ketinggian peradaban.Kita mendambakan intelektual yang berintegriti dalam setiap organisasi awam bagi menjaga hak dan kepentingan orang ramai.Integriti (taqwa) berpaksi dari hati yang ditunjangi oleh iman yang kukuh (solid).Tiada maknanya saban tahun Institusi Pengajian Tinggi melahirkan ribuan graduan dan graduati untuk memenuhi pasaran pekerjaan sekiranya amalan integriti dalam sektor perkhidmatan hanya sekadar menjadi mainan bibir semata-mata.Antara hati dan wajah mencerminkan integriti diri.Orang yang mempunyai integriti tinggi tidak akan tega melakukan kefasadan yang melanggar perintah Agama baik secara sembunyi atau terang-terangan kerana dirinya sentiasa dalam perhatian Tuhan.
Perundangan Tuhan
Bagi memelihara kesejahteraan manusia ,Tuhan telah menurunkan peraturan dan perundangan sebagai neraca pertimbangan untuk menyelamatkan kehidupan setiap insan.Saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Besar Gua Musang dalam perjalanan pulang ke Kelantan pada 17 Januari,2014. Antara inti khutbah ialah mengenai kes kecurian,rompakan dan pembunuhan yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang.Kehidupan umat tidak lagi selamat kerana banyak berlaku kes ragut, curi duit Masjid,Surau menjadi-jadi hinggakan penutup longkang pun menjadi sasaran mereka. Sekiranya fenomena ini tidak di tangani secara Qur'anik kesejahteraan manusia tidak terjamin.Allah SWT menetapkan hukum untuk menyelamatkan manusia dari kebejatan moral. Sebaik selesai solat dua orang jemaah kehilangan selipar mereka.Saya agak dua anak beranak ini dari Kuala Lumpur.Kemungkinan selipar mereka berjenama menjadi intaian kaki curi yang sungguh kering hati. Berkaki ayam lah mereka terjengkit-jengkit di atas tar panas menuju kereta dengan penuh kesal.
Wallahu'alam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 19 Januari,2014.
Antara Hati dan Wajah

No comments:
Post a Comment