Monasik menjaga sekolah dengan penuh setia
Sekalung penghargaan kepada Pn Rosnah, Cik Zalina dan semua guru
yang terbabit menghias indah iklim sekolah. Gambar Pn Rosnah.
Menanti senja memagari sekolah.
UDKHULUU HAA BISALAAMIN AAMININ.
Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat dan sejahtera.
Suasana senja memagari sebuah sekolah di batas kota.Pantulan cahaya yang kemerah- merahan dari digital board menambah keindahan SMKSB@STAR bersama adunan beraneka warna bunga-bungaan yang segar, sejuk dan tenang menghiasi laman prima sekolah.Auranya semakin bersinar dengan kilauan lampu-lampu di sepanjang tembok utama menyambut ketibaan senja.Persekitaran sekolah yang menarik menjadi indikator kecemerlangan pendidikan.Senja di batas kota menghimbau kenangan bagi mereka yang pernah bersama mengharungi liku-liku perjuangan mencurahkan ilmu mendidik anak bangsa di sekolah ini suatu ketika dulu.
Menggamit kenangan
Bagi mereka yang telah meninggalkan sekolah ini sedikit sebanyak menggamit kenangan semasa bersama rakan-rakan seperjuangan.Saya pasti Ustaz Ahmad Al Segambuti,Che'gu Izhan, Che'gu Bob, Che'gu Basyir, Che'gu Asyik, Che'gu Yusfaniza dan guru-guru lain yang pernah menghuni sekolah ini untuk beberapa ketika terkenang kembali nostalgia indah yang sukar di lupakan.Kepada Che'gu Salahuddin Al Ayubi yang pernah mendapat latihan mengajar di sekolah ini walau pun tuan nun di Limbang perbatasan Brunei Darussalam,yakinlah ilmu itu memberi sinar kehidupan yang terus memancar diri kerana pengalaman dan pengembaraan menjadi pemangkin keutuhan peribadi suatu hari nanti kendati pun terpaksa berjauhan dengan anak dan Norli. Selamat bertugas di SMK LIMBANG.
Wajah SMKSB menyambut remang-remang senja
Sumber: Senja di batas kota
Che Yahya Che Soh.

Pengetua SMKSB@STAR
Khamis 23 Januari,2014.
No comments:
Post a Comment