Friday, January 3, 2014

KEGHAH PEDAL

Penggunaan berbagai suku kata yang tidak termasuk dalam kamus, biasa di gunapakai dalam percakapan  dialek Kelantan. Bahasa Kelantan mudah di ucap  tetapi sangat sukar untuk di eja dan di tulis kerana tak kena dengan maghrajnya. Keghah Pedal (keras pedal) juga di sebut keghah keng atau babil biasanya merujuk kepada orang yang keras kepala, keras hati, hati kering yang tidak makan nasihat, berasa diri semuanya betul tanpa memperduli peraturan.Jenis manusia lagu ni kata gappo pung tak masuk telinga buat mace tak dok gappo blaku. Dalam istilah pengurusan di panggil "Death wood" Contohnya : Guru itu sangat keghah pedal ( sebutannya tidak dibunyikan l) bertindak sesuka hati membelakangkan arahan.Misalan lain: Mung ni keghah peda sungguh tak reti ghoyat guano gak jadi lagu tuh .Sikapnya yang sangat babil mau menang sendiri menyebabkan hidupnya seperti terisolasi tidak di peduli rakan dan teman sejawat.Dari ratusan pekerja jika seorang sahaja yang keghah pedal dan kepala batu sudah cukup megheyukkan organisasi.Orang malas berurusan dengannya kerana pada pandangannya semua orang tidak betul, dia sahaja yang baik.Manusia yang keghah pedal, baik jangan bekerja dengan organisasi awam, lebih baik kerja sendiri tidak menyusahkan orang ramai. Perangai dan tingkahlaku manusia jenis ini akan merencatkan sistem pengurusan dan pentadbiran.Dalam istilah pengurusan strategik di sebut ancaman (threat) kepada organisasi.

Sumber You tube : BatamTV
Ancaman organisasi

Menangani spesis manusia yang tidak makan saman dan licik putar belit sangat sukar kepada Ketua Jabatan.Arahan pentadbiran di keluarkan sebagai peringatan berkali-kali malah melaporkan salahlaku ke peringkat yang lebih berwibawa tetapi tidak memberi sebarang kesan.Dilema seperti ini sering di hadapi oleh para majikan  dalam menghadapi tabiat dan perangai manusia dalam organisasi awam.Berbeza sekali dengan sektor swasta yang sangat tegas berpegang kepada peraturan dan tatacara pengurusan dan pentadbiran. Personel tidak produktif yang menjadi ancaman kepada organisasi akan ditamatkan perkhidmatan mereka.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 3 Januari,2014.

Keghah Pedal

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...