Wednesday, January 22, 2014

Datin Hasmah Abu Bersara

Seorang lagi sahabat Pengetua YBhg. Datin Hasmah Abu Pengetua SMK Taman Tun Dr. Ismail akan meninggalkan perkhidmatan Kerajaan dalam waktu terdekat ini setelah puluhan tahun menabur khidmat bakti mencerdaskan anak bangsa. Majlis  Sulaman Kasih Junjungan Budi sempena persaraan beliau akan di adakan di Dewan Bestari SMKTTDI pada 28 Januari,2014 Selasa depan.Datin Hasmah seorang Pengetua yang banyak pengalaman pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah sebelum mengakhiri tugas beliau di SMKTTDI dengan Gred DG 54.Saya mengenali beliau seorang yang peramah,mesra dan senang berbicara.Sepanjang mengganggotai Majlis Pengetua Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPSMKL),Datin Hasmah mengetuai beberapa lawatan ke luar negara seperti Sydney, Gold Coast, Brisbane pada Mei 2011 dan Seoul 2012.Tahun lalu beliau tidak bersama MPSM ke Taiwan kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan.Ketua rombongannya ialah Puan Rahmah Ab Haji Pengetua SMK Seri Sentosa yang menguruskan perjalanan dan penginapan selama 5 hari melalui Green Adventure Travel .Saya mendoakan semoga beliau sihat sejahtera menjalani kehidupan sesudah bersara.Terima Kasih Che'gu budi dan jasa mu tetap di sanjung sepanjang hidup.

 

Gambar Fail: Datin Hasmah sedang berucap semasa kursus 
pengurusan sekolah Bestari untuk  Pengetua Zon Bangsar.




Sumber:SMKTTDI

Selamat bersara semoga bahagia bersama keluarga tercinta.Di lanjutkan usia bertambah ceria kerana tiada lagi bebanan tugas dan tanggungjawab yang datang menimpa. Pagi tadi Selasa 28 Januari, seperti jadual, saya sempat berjumpa Datin Hasmah di SMKTTDI bersama rakan-rakan Pengetua yang hadir. Selamat menempuh dunia persaraan.




Najwa Latif

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR,
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 22 Januari,2014. 


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...