Wednesday, January 8, 2014

Berlumba-lumba membuat Kebaikan

Dalam Al Qur'an banyak sekali pengajaran yang boleh menjadi indikator kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat dan negara..Anjuran membuat kebaikan merupakan suruhan Tuhan yang sangat mulia.Berlumba-lumba membuat kebaikan (kebajikan) merupakan sifat terpuji iaitu  Fastabikul Khairat bukannya mengajak membuat kefasadan yang boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan.Masyarakat yang berbudaya luhur bersumber dari sebuah keluarga sejahtera yang menjadi Qurra ta a'ayuni penyejuk mata ayah bonda. Keluarga yang mawaddah warahmah menjadi tunjang  budaya bangsa untuk membentuk sesebuah masyarakat yang seimbang, harmonis dan berperadaban tinggi.

Ilmu dan keberkatan

Ilmu pengetahuan menjadi penyuluh jalan kehidupan memandu manusia memilih kebenaran atau kebathilan.Sejauh mana kita mencerna dan menaakul  intipati ilmu, bergantung kepada kemampuan diri masing-masing.Dalam diri manusia bergabung tiga unsur penting yang selalu mempengaruhi perlakuan dan tindakan iaitu ego,jiwa dan tubuh.Pemikiran dan doktrinisasi seseorang banyak bergantung kepada asas pendidikan yang di terima sebagai indikator kecemerlangan keilmuan masing-masing. Sekarang ini ramai orang berilmu menyampaikan risalah Tuhan dan pesan Nabi SAW tetapi sayangnya semakin terhakis nilai-nilai keberkatan.Pandai dan bijak berkat-kata tetapi tidak mengamalkan apa yang di kata seolah-olah mempersendamainkan peringatan Allah.Jika keadaan seperti ini berlarutan fungsi ilmu semakin terpinggir untuk pembentukan modal sosial umah.Proses mensosialisasikan masyarakat menjadi umah yang bertamadun dan berwibawa semakin sukar dilaksanakan.

Kedudukan ilmu

Ilmu menduduki tempat tertinggi dalam hieraki kehidupan manusia. Allah mengangkat beberapa darjat dalam kalangan hamba-hambaNya yang berilmu dan beriman.Selalunya gabungan antara ilmu,iman dan amal menjadi pelengkap tujuan hidup di muka bumi menjadi hamba Tuhan yang taat, patuh dan berdisiplin mengikut acuan Al Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai doktrin kebenaran yang dapat menyelamatkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara dari bala bencana yang menimpa.Orang yang mengaplikasi ilmu dalam kehidupan akan sentiasa terdorong melakukan ehsan iaitu berbuat baik sesama insan, menyantuni yang lemah dan miskin, beradab dengan alam lingkungan dengan tidak sewenang-wenangnya merosakkan keseimbangan ekosistem kehidupan flora dan fauna untuk memenuhi tuntutan pembangunan yang tidak pernah berhenti.Kepunahan alam kerana tangan-tangan manusia tanpa henti menggorogoti bukit dan hutan sehingga mengacam kehidupan dalam berbagai bentuk seperti banjir, tanah runtuh dan perubahan iklim yang mengejutkan. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan ciri orang berilmu yang memenuhi tuntutan Tuhan dengan berlumba-lumba membuat kebaikan memakmurkan bumi untuk kesinambungan generasi akan datang.










Source :Green the earth
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 9 Januari,2014.

Berlumba-lumba membuat kebaikan

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...