Wednesday, January 22, 2014

Mesyuarat Guru kanan

Khamis 23 Januari,2014 SMK Sinar Bintang @Star menjadi tuan rumah mesyuarat Guru-guru Kanan bersama Cik Hajah Nik ramas Nik Wan,Timbalan Pengarah Pendidikan(TPP) Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul(PPWS) mulai jam 2.30 petang.Seramai 92 orang Guru Kanan terbabit dalam mesyuarat tersebut. Sebaik selesai mesyuarat kewangan sekolah petang tadi (gambar)beberapa orang guru iaitu Puan Rosnah,Puan Noraini, Cik Zalina di bantu beberapa orang pelajar menyusun atur kerusi meja dan menghiasi Dewan Gemilang dengan kemas dan ceria.Minggu lepas saya telah di hubungi pegawai PPWS En. Nazir Hussain meminta sekolah menyediakan kemudahan untuk bermesyuarat. Saya pun kurang pasti mengapa PPWS memilih sekolah ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar walau pun esok semua Pengetua Kuala Lumpur akan menghadiri sesi taklimat bersama Sektor Penilaian Peperiksaan di Jabatan.





Mesyuarat kewangan 1 sekolah
Gambar: Wnazmi blogspot.com

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 22 Januari,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...