Saturday, January 25, 2014

Pendakwah Perlu Hikmah

Masyarakat Islam di Lembah Kelang memang dahagakan ilmu.Setiap hujung minggu Surau-surau dan Masjid sekitar Wilayah Persekutuan di isi dengan majlis tazkirah atau lebih sinonim kuliah Subuh dengan kehadiran para jemaah sangat memberangsangkan. Pihak pengurusan Surau telah merencanakan program yang akan disampaikan oleh setiap Da'i mengikut jadual masing-masing disamping kuliah rutin Maghrib. Setiap orang Ustaz menyampaikan ilmu mengikut kepakaran  masing-masing bersandarkan hujah dari Al Qur'an,Hadith dan Nas. Bagi mereka yang berkelulusan dari Mesir, pendekatannya agak berbeza dengan tamatan Jordan,Syria,Madinah,Pakistan dan Indonesia. Masing-masing mempunyai kaedah yang berbeza dalam penyampaian uslub dakwah masing-masing.

Kesantunan ilmu

Saya melihat terdapat suatu kejanggalan dalam menyampaikan pesan Tuhan kepada orang awam yang sedang berjinak-jinak untuk ke majlis ilmu bila mana segelintir para Da'i tidak mempamerkan kesantunan ilmu malah turut mengkritik rakan-rakan mereka yang menyampaikan risalah mengajar manusia hanya membuat makruf sahaja tetapi tidak berani bercakap tentang kemungkaran sedangkan Islam mengajar umatnya membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.Demikian bunyi peringatan kuliah Subuh pagi tadi.Penyampai juga mengatakan sedekah Al Fatihah kepada orang mati tidak sampai dan tiada sebutan Al 'Azim semasa membaca Istighfar, hanya Astaghfirullah sahaja.Pandangan pribadi saya, apabila ada orang mengajak membuat kebaikan bermakna mereka berusaha menuntun umah membenci kemungkaran.Satu perkara lagi yang di timbulkan semasa kuliah pagi tadi ialah berkenaan solat. Menurut Da'i tersebut, sekiranya sekumpulan jemaah terlambat datang ke Masjid atau Surau yang mempunyai Imam Rawatib,kumpulan tersebut tidak boleh bersolat secara berjemaah, kecuali di mana-mana tempat persinggahan yang tiada Imam khusus.

Berilmu kurang hikmah

Sebagai orang awam kita tidak mampu membuktikannya kerana kedangkalan asas Agama tetapi amatlah di harapkan supaya pendakwah mempamerkan kemuliaan intelektualiti dan kejernihan pribadi dalam menyampaikan mesej Tuhan secara berhikmah kepada jemaah yang rata-rata ingin mendekati majlis ilmu bagi mengisi kekosongan hati setelah merangkak usia.Serulah manusia ke jalan Tuhan dengan penuh hikmah dan bijaksana.Sebagai seorang yang berilmu dan mempunyai kepakaran dalam Pengajian Islam ,para penceramah perlu mampu mengadaptasi dengan kekuatan daya fikir jemaah melalui penyampaian secara konkrit tanpa membahaskan perkara-perkara furuk yang boleh mengelirukan makmum.Berilmu tetapi kurang hikmah dalam penyampaian kuliah sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran kepada para jemaah.



Hafiz Hamidun mengalunkan Astaghfirullah Al 'Azim
sungguh menusuk Qalbu sehingga mengalir air mata  
mengenangkan dosa-dosa silam.Semoga Allah SWT 
mengampunkan kita. Amin.
Wallahua'lam.

Che Yahya Che Soh
Surau AL Falah AU 4 Taman Seri
Keramat, Kuala Lumpur.
Ahad 26 Januari,2014.

Pendakwah perlu hikmah



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...