Monday, January 13, 2014

Paradok Maulid

Sejarah kelahiran Nabi Muhammad Saw di rakam Tuhan dalam Al Qur'an dengan FirmanNYa Wamaa Arsalna Ka I'lla  Rahmatan Lil 'Alamin. Sesungguhnya Engkau di utus sebagai rahmat ke sekelian alam.Rahmat bermakna ketenangan, kesejahteraan untuk seluruh makhluk di bumi. Allah SWT mentakdirkan lahirnya Nabi SAW untuk menyambung risalah Tauhid yang di bawa oleh para Nabi Allah terdahulu bertujuan memandu manusia memilih Iman sebagai mutiara kehidupan yang terlalu mahal harganya.Oleh kerana membawa Iman lah Nabi Saw di musuhi kaum keluarga dan masyarakat Mekah kendatipun mereka cukup arif dengan pekerti Nabi Saw sedari kecil terkenal dengan Al Amin, yang sangat di percayai.Kelahiran Nabi Saw di sambut dengan kegembiraan oleh bapa saudaranya Abi Lahab dan beliau juga lah yang menjadi penentang utama Nabi Saw kerana membawa Islam.Allah menurunkan surah Al Lahab, khusus untuk menceritakan nasib Abi Lahab dan isterinya yang menghalang dakwah Nabi Saw.

Maulid Nabi Saw

Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak yang paling Agung (QS Al Qallam:4).Demikian ungkapan Al Qur'an menceritakan keperibadian Muhammad Saw sebagai pemimpin ummah yang di pilih Allah SWT untuk membawa peringatan kepada manusia.Selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah menyampaikan risalah Tauhid mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Hari ini 12 Rabiul Awal 1435H umat Islam memperingati keputeraan Baginda Nabi Saw sebagai pemimpin dunia yang berjuang dengan keringat, air mata dan darah semata-mata untuk Islam.Perjalanan hidup Nabi Saw yang penuh getir dalam menyebarkan dakwah sehingga ribuan sahabat dan pengikutnya terkorban syahid di medan Uhud,Khandak,Badr,Khaibar benar-benar menjadi saksi sejarah pertarungan antara kebenaran dan kebathilan.Sesungguhnya mengajak manusia beriman kepada Allah terpaksa di bayar dengan darah dan nyawa sebagai pertaruhan.

Paradok Maulid

Umat Islam seharusnya dapat membezakan antara Tradisi dan Islami dalam menyambut Maulid Nabi.Banyak amalan yang tendensinya bersifat Tradisi berbanding Islami  berlaku dalam masyarakat yang tidak selari dengan tuntutan Al Qur'an. Menyambut Maulid bukan sekadar memenuhi tuntutan taqwim tahunan tetapi mengajak umat merealisasikan tuntutan Tuhan dengan pengisian aktiviti yang bermanfaat untuk membentuk kepribadian umah menuju Al Falah.Menzahirkan kecintaan kepada Junjungan Nabi Saw merupakan amalan terpuji tetapi dalam masa yang sama melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pesan Rasulullah Saw menimbulkan Paradok Maulid dalam kalangan umat Islam.Antara Tradisi dan Islami perlu di segregasi dalam amalan bagi membetulkan persepsi umah menyambut Maulidinnabi Saw.


Maher Zain ;The Chosen One


Wallahua'lam
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
12 Rabiul Awal 1435H
Selasa 14 Januari,2014.  

Paradok Maulid 

2 comments:

  1. Saya setuju....berlaku khilaf dalam menyambut maulid...klu diikutkan tiada pada zaman nabi dan para sahabat terdahulu tidak menyambutnya...

    ReplyDelete
  2. Jazakallah Ya Akhii kerana berkongsi ilmu untuk pencerahan umah.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...