Monday, January 20, 2014

Belum Ini Macam Ma

Mengurus manusia sangat unik . Berbagai ragam  perangai dan tingkahlaku mereka yang datang berurusan di kantor sekolah. Ada yang lucu, marah-marah dan tak kurang juga yang memahami keadaan .Siang tadi saya menyapa salah seorang bapa yang hadir  untuk pertukaran anaknya ke SMK Kepong Baru. Beliau bertanya saya tentang bantuan wang persekolahan RM100 dalam Bahasa Melayu yang agak sukar di fahami. Saya maklumkan kepadanya, bila kita terima peruntukan tersebut semua pelajar layak menerimanya.

Pertukaran anak

Dalam masa yang sama beliau mengurus pertukaran anaknya ke SMK Kepong Baru. Saya bertanya beliau sudah siap kah? Beliau jawab " Belum lagi ini macam ma" sambil memperagakan jari-jarinya menerangkan kepada saya.Pembantu Pejabat sedang mengisi butiran anak beliau untuk pertukaran tersebut. Entah mengapa hati saya tercuit dengan tingkah beliau yang sungguh lucu sehingga saya tergelak besar berair mata menahan leluconnya yang selamba.Bapa berkenaan turut sama tergelak bersama beberapa orang ibu bapa lain di ruang menunggu pejabat.Saya terus masuk ke bilik dan ketawa semahu-mahunya hingga staf pejabat pun tercengang-cengang.Pembantu Pejabat membawa masuk borang untuk di tanda tangani Pengetua sambil berkata "parent tadi kata dia suka abang itu." Staf saya jawab itu Pengetua ma.Kami sama-sama ketawa lagi. Inilah romantika kehidupan yang boleh menjadi terapi diri kepada saya semasa  meladeni karenah pelanggan semasa berurusan di sekolah.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 20 Januari,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...