Diwaktu pagi yang hening, sunyi dan tenang aku cuba melihat dan merenung kedalam jendela diri menerusi mata hati yang dikurniakan Illahi. Mata hati merupakan cerminan tingkah laku manusia dalam setiap dimensi kehidupan. Melalui kacamata hati manusia mampu mengupas makna kehidupan secara mutlak. Hati merupakan raja dalam diri. Dalam hati berhimpun segala sifat kebaikan dan kejelekan . Sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam , takabbur, riak ego, memberi untuk di puji , merasa diri lebih mulia dari orang lain merupakan ciri hati yang perlu di sucikan. Membuat penghisaban diri (self assessment) sangat besar pahalanya disisi Tuhan kerana melalui proses tersebut manusia dapat menganalisa diri secara jujur untuk mendapat rahmat dari Allah . Justeru manusia perlu memandu hatinya menuju jalan Tuhan iaitu mencari keredhaanNya setiap detik, masa dan ketika selagi nafas belum berhenti. Dalam menyusuri denai kehidupan ini manusia berdepan dengan pelbagai karenah dan ujian. Manusia diuji dengan rasa takut, kekurangan makanan, anak-anak dan kehilangan harta benda . Bagaimana mengatasi ujian ? Jawaban yang paling tepat ialah memandu hati mencari kebenaran dalam setiap tindakan dan perbuatan berpandukan petunjuk Tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
No comments:
Post a Comment