Infrastruktur tetap dibangun
2011/10/28
NAJIB menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Komanwel sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, semalam.
DATUK Seri Najib Razak menyarankan agar pembangunan modal insan dan infrastruktur fizikal tidak diabaikan walaupun sesebuah negara berdepan dengan kekangan kewangan.
Perdana Menteri berkata, pembangunan modal insan atau apa yang digelar ‘soft infrastructure’ harus diteruskan dalam apa saja keadaan ekonomi kerana ia mengambil masa yang panjang untuk membuahkan hasil.

“Pembinaan sesebuah lapangan terbang misalnya mungkin mengambil beberapa tahun untuk disiapkan, tetapi pembangunan modal insan seperti arkitek dan jurutera memerlukan tempoh yang lebih lama,” katanya dalam ucaptama pada mesyuarat Majlis Perniagaan Komanwel, di sini semalam.
Perdana Menteri, diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini malam Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang bermula hari ini hingga Ahad. CHOGM di Pusat Konvensyen dan Pameran Perth dirasmikan Ratu Elizabeth, hari ini.
Perdana Menteri berkata, jika pembangunan infrastruktur fizikal dan modal insan dikurangkan semata-mata kerana defisit fiskal yang dihadapi, sesebuah negara akan berdepan dengan defisit infrastruktur yang seterusnya menyebabkan pertumbuhan jangka panjang ekonomi terbantut.
Menyedari hakikat itu, Malaysia meneruskan pembangunan infrastruktur fizikal dan modal insan dengan merangka pendekatan pembiayaan yang membabitkan kerjasama sektor awam dan swasta.
Berkongsi pandangan dengan tokoh perniagaan dari negara Komanwel mengenai konsep yang diguna pakai oleh Malaysia, Perdana Menteri berkata Perkongsian Sektor Awam-Sektor Swasta (PPP) dan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) adalah kunci untuk merungkai masalah defisit infrastruktur. Melalui kaedah berkenaan beban kos pembangunan infrastruktur dipindahkan kepada sektor swasta, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada aspek lain pembangunan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Bercakap pada satu forum mengenai peluang perniagaan dan pelaburan di Malaysia kemudian, Perdana Menteri berkata sasaran mencapai status negara pendapatan tinggi menjelang 2020 adalah sesuatu yang boleh dicapai.
“Ia bukan angan-angan kosong tetapi sasaran yang boleh kita capai. Malah, ia mudah dicapai. Apa yang mungkin menimbulkan masalah adalah pelaksanaan segala yang dirancangkan,” kata Perdana Menteri kepada tokoh perniagaan yang menyertai sesi soal jawab anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
Namun, Najib berkata, walaupun pengalaman pembangunan di Malaysia sesuatu yang boleh dibanggakan, kerajaan masih mahu membawa negara ke tahap kemajuan yang lebih tinggi lagi.
“Memang benar pertumbuhan ekonomi negara pesat, namun kita berpendapat ia masih tidak memadai. Memang benar tahap daya saing negara tinggi, namun kita mahu ia lebih tinggi lagi. Berikutan itu kerajaan memperkenalkan beberapa langkah transformasi bagi mengubah secara mendadak keadaan sekarang agar negara dapat keluar daripada cengkaman negara pendapatan sederhana,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online 28 Oktober 201

No comments:
Post a Comment