Thursday, October 27, 2011

Hukum pembazir
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Shamsul Kamal Amarudin dan Nurhayati Abblah

2011/10/28

TPM arah tindakan terhadap pihak salah guna kuasa seperti laporan audit

SITIAWAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin me­ngarahkan tindakan disiplin atau hukuman setimpal diambil terhadap pihak yang terbukti melakukan pembaziran atau salah guna kuasa seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memandang serius semua teguran dalam laporan itu bagi memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kementerian, jabatan serta agensi kerajaan benar-benar dimanfaatkan untuk faedah rakyat.
"Setiap kelemahan yang didedahkan dalam laporan itu perlu diperbaiki dengan langkah tertentu seperti tindakan disiplin terhadap pihak berkaitan jika ada penyalahgunaan kuasa," katanya pada sidang media selepas melancarkan sisipan School Times akhbar New Straits Times, di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir, dekat sini, semalam.

Catatan kaki: Syabas Tan Sri atas keprihatinan terhadap laporan dan teguran audit tersebut .

Sumber: Berita Harian Online 28 Oktober,2011.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...