Monday, October 24, 2011

Gempa di Turki, 1,000 maut


Orang ramai mengangkat seorang wanita yang cedera dalam gempa bumi di Kampung Tabanli untuk dihantar ke ambulans, semalam. - REUTERS


ANKARA 23 Okt. - Dianggarkan antara 500 hingga 1,000 orang terbunuh selepas gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan timur Turki, hari ini.

Stesen televisyen NTV melaporkan 10 bangunan runtuh dan banyak rumah ranap di wilayah Van di timur Turki akibat gempa itu diikuti dengan gegaran susulan berukuran 5.6 skala Richter selepas itu.

Datuk Bandar Van, Bekir Kaya berkata, gempa itu mencetuskan panik dan menyebabkan perkhidmatan telekomunikasi terputus.

Beliau berkata, gempa turut dirasai di wilayah-wilayah berdekatan.

Sementara itu, agensi bencana di pejabat Perdana Menteri Turki dalam satu kenyataan berkata, gempa tersebut menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak dan kemusnahan harta benda.

"Banyak bangunan, hotel dan kediaman runtuh.

"Kami boleh mendengar suara orang meminta tolong dari celah-celah runtuhan bangunan," kata seorang pegawai tempatan. - AFP

Sumber: Utusan Online 24 Oktober 2011

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...