Sunday, October 2, 2011

Majlis setulus Kasih Selaut Kenangan

Majlis Setulus Kasih Selaut Kenangan sempena persaraan Pengetua-pengetua Wilayah persekutuan Kuala Lumpur akan diadakan pada hari ini 3 Oktober 2011 bermula jam 200 petang di Hotel Legend Kuala Lumpur. Beberapa orang pengetua telah bersara wajib pada pertengahan bulan Ogos dan September yang lalu . Antara mereka ialah Datin zainab Bee, Haji Mohd Idrus (SMK Alam Shah) Pn Hajah Mek Zaharah (SMK Setiawangsa), Pn. Hajah Naemah Hassan Nordin (SMK Seri Ampang), Pn Che Fatimah Che Abdullah(SMK Pend. Khas ) dan terkini Pn Hajah Noriah Bt Ahmad (SMK Kiaramas). Beberapa orang lagi akan menyusul . Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan untuk menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada mantan pengetua. Selamat bersara, semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada tuan-puan . Sebagai anggota perkhidmatan awam angka 58 menjadi KPI kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...