Penduduk tinggalkan Bangkok
2011/10/28
BANGKOK: Beribu-ribu penduduk Bangkok memenuhi terminal bas, keretapi dan lapangan terbang semalam ketika lalu lintas penuh sesak di pintu keluar ibu negara Thailand itu berikutan banjir besar mula memasuki bandar raya berkenaan.
Air dilaporkan mula memasuki kawasan tengah bandar raya yang menempatkan 12 juta penduduk, menjejaskan Istana Besar Raja Bhumibol Adulyadej selepas air Sungai Chao Phraya melimpah berikutan fenomena air pasang besar tetapi kebanyakan Bangkok dilaporkan masih lagi kering.

Kebanyakan penduduk berjaga-jaga di rumah mereka yang dikelilingi beg pasir atau dalam kebanyakan kes tergesa-gesa membina dinding penghalang konkrit selepas kerajaan mengisytiharkan cuti lima hari bagi 21 wilayah termasuk Bangkok mulai hari ini.
“Ia adalah satu krisis kerana kita cuba menentang kuasa alam dan kita tidak akan menang. Bagaimanapun jika kita benarkan ia melimpah penduduk perlu bersiap sedia,” kata Perdana Menteri Yingluck Shinawatra yang berhadapan dengan ujian besar dalam bulan kedua pemerintahan beliau.
Orang ramai membiarkan kediaman mereka dan menuju ke kawasan yang bebas dari laluan banjir, terutama di kawasan pantai peranginan Hua Hin, Phuket dan Pattaya.
“Semua destinasi ini dipenuhi dengan rakyat Thailand yang bergerak dari Bangkok,” kata timbalan ketua Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Sansern Ngaorungsi.
Beliau berkata penerbangan domestik dari lapangan terbang Suvarnabhumi Bangkok, hub udara utama negara itu yang masih beroperasi seperti biasa juga amat sesak.
Keadaan juga sesak ke terminal bas di ibu negara berikutan rakyat Thailand dan rakyat asing cuba melarikan diri manakala stesen keretapi utama Bangkok penuh sesak sementara jalan raya ke utara dan timur turut mengalami kesesakan.
“Saya lihat dalam berita air semakin dekat. Mungkin ia akan melimpah tetapi saya tidak mahu mengambil risiko,” kata seorang rakyat Kanada, CLaude Kerringnan, 72, ketika menunggu sebuah bas ke Pattaya.
“Kebanyakan penghuni di bangunan tempat saya tinggal sudah keluar. Di sekitar kawasan ini ada mempunyai beg pasir setinggi 1.2 meter tetapi jika apa yang dikatakan pihak berkuasa betul, air akan berada pada paras lebih tinggi,” katanya. – AFP
Sumber: Berita Harian Online 28 Oktober,2011

No comments:
Post a Comment