Thursday, October 20, 2011

Tahniah Kontingen Wilayah Dapat Tempat Kedua

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, Dato' Khairil Awang.

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 1 Malaysia 2011 yang berlangsung pada 17-21 Oktober di Stadium Mini Cheras telah berakhir pada petang tadi (20 Oktober 2011) dengan keputusan yang membanggakan bagi Kontingen Wilayah yang berjaya memungut 37 pingat dan menduduki tempat ke 2 sesudah Johor. Sebagai Ketua kontingen saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua atlit, pengurus, pelatih dan petugas yang bertungkus lumus memastikan pasukan Wilayah berjaya mengubah posisi dari tempat ke 10 tahun lalu kepada naib johan pada kali ini. Syabas dan tahniah juga kepada YBhg Dato' Pengarah Pelajaran Negeri Dato' Khairil Awang yang memberikan semangat,dorongan dan motivasi kepada semua peserta semasa menyerahkan Bendera Wilayah Persekutuan kepada Ketua Kontingen Negeri pada 17 Oktober lalu menandakan bermulanya acara rasmi kejohanan balapan & padang .

1 comment:

  1. Salam Tuan

    Pertama; saya ambil berita yang tuan tulis pasal sukan pendidikan khas ini untuk saya masuk dalam blog mpsmwp2u. Harap tuan benarkan

    Kedua, saya pohon email tuan supaya saya boleh invite tuan jadi salah seorang writer blog mpsmwp2u.

    Terimakasih

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...